Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Mana Duit Raya Peneroka...

1. Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan setakat ini tidak memberikan keputusan muktamad berhubung pemberian...

3 Didakwa Kes Hina...

PADAH mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam di negara ini dengan menghina Nabi...

156,000 Pengundi Belum Mendaftar...

KOTA BHARU - Seramai 156,000 individu yang beralamat di Kelantan dan sudah layak...

“DAP Pun Sokong Islam?”...

KUALA LUMPUR - "Semua kata sokong Islam. DAP pun sokong Islam," kata Ahli...

Pengundi Pokok Sena Perlu Keluar Daripada ‘Gerhana’

POKOK SENA – Pengundi di Parlimen Pokok Sena yang disifatkan hidup umpama dalam ‘gerhana’ di bawah wakil rakyat pembangkang diminta memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ini kerana BN mempunyai keupayaan untuk memberi sinar kepada rakyat di kawasan Parlimen itu yang selama ini sepi daripada sebarang agenda pembangunan.

“Janganlah mengulangi kesilapan yang lalu kerana yang rugi nanti adalah rakyat sendiri akibat terpedaya dengan janji bulan dan bintang pembangkang,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Bashah yang juga menteri besar berkata, kesinambungan pentadbiran antara kerajaan negeri dan pusat amat diperlukan bagi melancarkan projek pembangunan yang dirancang kerajaan BN tanpa mengira kawasan dan lapisan masyarakat.


“Sokongan dan peranan kerajaan pusat tidak pernah berhenti kepada rakyat Kedah, malah sentiasa berperanan mendengar apa yang diinginkan serta diperlukan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Kategori