Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Gunting Rambut Naik Harga...

Salon dan kedai gunting rambut Malaysia dijangka akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sebanyak RM5 hingga RM10, kerana keperluan untuk menampung perbelanjaan untuk satu set peralatan pelindung pakai buang baru bagi setiap pelanggan apabila mereka kembali beroperasi pada hari Rabu depan, kata laporan.

Baki 6 Lagi Anggota...

BUTTERWORTH - Hari ini, baki enam terakhir daripada 18 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan...

Polis Sahkan 24 Maut...

KUALA LUMPUR - Semua 24 mayat yang ditemui di tingkat paling atas pusat...

Korea Selatan Sedia Berdepan...

KUALA LUMPUR – Korea Selatan cukup bersedia berdepan cabaran Malaysia pada perlawanan pembukaan...

Jangan Masuk Undi Pos Dalam Peti Surat Pejabat Pos

IPOH — Pengundi pos dinasihatkan tidak memasukkan kertas undi ke dalam peti surat pejabat pos, sebaliknya harus mengikut saluran dan langkah yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengarah SPR Perak, Shazree Idzham Wahab berkata pihaknya mengesan beberapa kes pengundi pos di negeri ini melakukan kesilapan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 2013 tetapi tidak mendedahkan angka kes berkenaan.

“Terdapat beberapa kes pengundi pos yang kurang arif prosedur undian pos pada pilihan raya dahulu telah memasukkan kertas undi ke dalam peti surat biasa.

“Apabila kita buat post mortem (bedah siasat), kita mendapati ada kertas undi tidak sampai. Dan apabila kita siasat di pejabat pos, didapati banyak kertas undi dalam peti surat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat SPR kepada petugas media Perak yang dirasmikan oleh Pengarah SPR negeri, Mohd Nazri Ismail di sebuah hotel di sini hari ini.

Kira-kira 50 pengamal media dari pelbagai organisasi seperti media cetak dan elektronik menyertai taklimat SPR Perak yang diadakan selama tiga jam itu.

Menurut Shazree Idzham, perkara itu berlaku mungkin kerana ramai yang tidak tahu prosedur dan kaedah betul mengenai undi pos.


Justeru, untuk hari mengundi PRU-14 nanti, pengundi pos harus memasukkan kertas undi dalam sampul surat dan diposkan kepada Pengurus Pilihan Raya di kawasan mengundi masing-masing atau menghantar terus ke Pejabat Pengurus Pilihan Raya di tempat undi.

“Kita harap petugas media yang juga akan mengundi pos pada PRU nanti jelas dan ambil maklum selepas taklimat SPR ini,” katanya.

Selain petugas media yang akan mengundi pos, turut melakukan cara mengundi tersebut ialah bomba, polis dan askar yang akan bertugas pada hari pengundian.

Sementara itu Mohd Nazri berkata pihaknya menyediakan 24 pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi serta 2,930 pusat mengundi di negeri ini. — BERNAMA

Kategori