Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tok Batin Lapor Polis...

KESAL... Tindakan Senator Dewan Negara, Bob Manolan Mohamad keluar kenyataan 'pecat' Tok Batin...

PKR Bergolak!

Tidak pasti berapa lama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dapat menyembunyikan perpecahan yang sedang...

GRO Bangladesh Dicekup Polis...

TIGA buah pusat hiburan yang 'dikuasai' warga Bangladesh di sekitar Kuala Lumpur, telah...

Jejantas MRT Laluan SBK...

KUALA LUMPUR - Jejantas yang menghubungkan stesen Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai...

Penganggur Rompak Warga Emas Dijel 10 Tahun, 2 Sebat

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan ke atas seorang penganggur hari ini selepas didapati bersalah melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang terhadap seorang wanita warga emas, empat tahun lepas.

Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman itu ke atas T. T. Annadurai, 38, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini selepas menolak permohonan peguam Yusri Yusof yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi.

Annadurai bersama-sama A. Ganesan, 35, yang telah dijatuhi hukuman sebelum ini dan seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpulan terhadap Cheong Yew Neo, 74, dengan menggunakan sebilah parang yang boleh mendatangkan cedera parah atau kematian.

Dalam rompakan itu tertuduh telah mengambil seutas rantai emas, loket perak, satu kad kredit, dua kad debit, kad pesara, lesen memandu dan duit syiling.

Jenayah itu dilakukan di belakang sebuah rumah di Jalan SS1/15 Kampung Tunku, Sg. Way di sini kira-kira 2 petang, 24 Julai 2014 dan pendakwaan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.


Terdahulu Yusri memohon penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi atas alasan tertuduh perlu menyara keluarganya dan merupakan penanggung utama.

Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin membantah permohonan peguam itu dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh membabitkan penggunaan senjata serta kekerasan yang menyebabkan ketakutan terhadap mangsa.

Lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes ini. – BERNAMA

Kategori