Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kajian Hala Tuju ECRL...

KOTA BHARU - Kajian yang sedang dilakukan terhadap hala tuju Projek Laluan Rel...

Rasuah: Pegawai Pengurusan Kanan...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai pengurusan kanan Tabung Haji bergelar 'Datuk' yang direman empat...

DJ Radio Dikecam Bunuh...

Denmark - Seorang DJ Radio24syv, Asger Juhl, dikecam oleh pendengar selepas dia memukul...

Taiwan Jadi Negara Pertama...

TAIPEI - Mahkamah Agung Taiwan lewat Rabu mengeluarkan keputusan bersejarah yang sekali gus...

Penuntut: Tangani Masalah Bila Di Luar Negara

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan penuntut-penuntut Johor yang melanjutkan pengajian di luar negara khususnya Timur Tengah supaya sentiasa berhati-hati dan bijak dalam menangani permasalahan yang dihadapi mereka ketika berada di negara orang.

Beliau juga mengingatkan mereka supaya tidak mudah terpengaruh dengan kelompok tertentu yang cenderung membentuk fikrah pola berpolitik yang boleh mengundang mudarat atau mengancam keselamatan.

Katanya mereka perlu bersedia untuk berdepan dengan pelbagai kejutan budaya dan persekitaran yang berbeza apabila berada di tempat baharu.

“Pelajar harus bijak mengurus situasi dan keadaan, sesuai dengan keadaan di negara Arab yang sering bergolak. Bahkan, kita juga jangan alpa atau mudah terpengaruh dengan senario segelintir masyarakat di sana,” katanya pada majlis amanat dan penyampaian sumbangan kepada 127 penuntut Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) yang bakal melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Jordan di sini, hari ini.
Teks ucapan Mohamed Khaled dibacakan oleh Penasihat Khasnya Prof Madya Abdul Razak Ahmad.

Kesemua penuntut terbabit menerima sumbangan dermasiswa yang keseluruhannya berjumlah RM90,000 daripada Bahagian Agihan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).


Sementara itu, Penasihat MAINJ Datuk Nooh Gadut berkata dermasiswa itu melibatkan kos penerbangan, insurans dan wang tunai bagi setiap pelajar.

“Sejak 2013, Bahagian Agihan Zakat diberi tanggungjawab sebagai urusetia Program Penghantaran Pelajar ke Luar Negara oleh MAINJ ke negara Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan Maghribi.

“Urusan yang dilakukan meliputi mengurus permohonan pelajar melalui Kementerian Pengajian Tinggi, membuat visa pelajar, pembelian tiket penerbangan, mengiringi pelajar, melaksanakan Minggu Haluan Siswa, Peperiksaan Kelayakan (Imtihan Kabul) dan juga kebajikan pelajar sebaik tiba di Timur Tengah,” katanya. -BERNAMA

Kategori