Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Enggan Komen...

KLANG - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang ulasan berkenaan pendedahan Naib...

Aliran Masuk Wang Tak...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu...

Shaiful Zero: Tangguh Kahwin...

RAMAI pihak mula membuat andaian liar mengatakan salah seorang ahli kumpulan Zero, Shaiful...

Mahfuz Omar Desak Azmin...

LANJUTAN dari perpecahan ketiga-tiga parti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR), PAS yang...

Jalan Tutup Sempena Acara ‘Viper Tunnel Challenge’

KUALA LUMPUR – Beberapa laluan di sekitar terowong SMART akan ditutup mulai pukul 11 malam pada Sabtu (14 April) ini dan dijangka dibuka semula untuk pengguna pada 8 pagi Ahad ini sempena acara larian ‘Viper Tunnel Challenge 2018’.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMART) dalam kenyataan hari ini berkata penutupan beberapa jalan sekitar dan laluan masuk ke lebuh raya tersebut adalah termasuk keseluruhan Jalan Imbi di hadapan Berjaya Times Square manakala laluan bertentangan di Jalan Imbi ke Jalan Sultan Ismail dibuka seperti biasa.

“Selain itu, jalan yang ditutup termasuklah susur masuk ke Jalan Kampung Pandan melalui persimpangan lampu isyarat di Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail serta susur masuk ke Jalan Kampung Pandan melalui Jalan Barat.

“Penutupan ini turut melibatkan susur masuk ke Jalan Kampung Pandan melalui Jalan Changkat Thambi Dollah dan susur masuk ke Jalan Sultan Ismail dari Bulatan Kampung Pandan, kenderaan akan dilencongkan ke Jalan Davis, sementara laluan di Bulatan Kampung Pandan dibuka seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, penutupan jalan tersebut turut melibatkan laluan masuk di tanjakan Jalan Kampung Pandan dari Jalan Perkasa menuju ke Jalan Sultan Ismail.

Sementara itu, SMART menasihatkan orang ramai agar menggunakan laluan alternatif di sepanjang tempoh penutupan tersebut.


“Pihak penganjur akan menempatkan pasukan polis trafik di sepanjang lokasi yang terlibat bagi tujuan pemantauan dan untuk memastikan keselamatan orang awam

“Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh kunjungi laman sesawang SMART di www.smarttunnel.com.my atau boleh melayari laman Facebook SMART Tunnel dan Twitter @Smarttunnel atau hubungi talian bebas tol 1300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan,” kata kenyataan itu.

‘Viper Tunnel Challenge 2018’ yang diadakan Sabtu ini merupakan salah satu siri larian berhalangan yang pertama kali diadakan di dalam terowong dwifungsi terpanjang di Asia Tenggara itu.

Acara yang akan diadakan pada sebelah malam itu bakal menguji ketahanan mental dan fizikal lebih 4,000 peserta dengan meliputi jarak larian sejauh lapan kilometer dan sepuluh halangan yang menjadi identiti bagi cabaran Viper. – BERNAMA

Kategori