Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

10 Rahsia Masakan Untuk...

MAKANAN yang sihat bermula daripada cara masakannya, kerana banyak bahan makanan yang sihat...

Acara Larian, Maraton Berpotensi...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata acara larian dan...

Rakyat Johor Peluang DAP...

KUALA LUMPUR - Rakyat Johor akan menjadi penentu kepada usaha pembangkang bagi menumbangkan...

Kapal Angkasa NASA Kelilingi...

WASHINGTON - Kapal angkasa MAVEN milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA)...

Penyandang BN Tak Terpilih Diminta Bantu Calon Baharu

BERA – Penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diminta supaya terus membantu calon baharu yang terpilih menggantikan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pesanan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN semasa perjumpaan dengan semua anggota Parlimen BN di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Beliau berkata pada perjumpaan yang diaturkan perdana menteri itu, Najib juga melahirkan penghargaan kepada semua anggota Parlimen atas perkhidmatan cemerlang mereka di kawasan masing-masing dan di Dewan Rakyat.

“Perdana menteri juga berpesan mereka yang terpilih untuk melipatgandakan usaha sepanjang kempen dan bila dah dipilih (secara rasmi) untuk terus berusaha dengan lebih lagi… mereka yang tidak terpilih diharap terus memberi sokongan dan bantuan kepada calon baharu yang terpilih,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera di sini. hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pertemuan khas antara Najib bersama anggota Parlimen BN di Seri Perdana di Putrajaya yang berlangsung kira-kira setengah jam bermula 9 pagi tadi.

Sementara itu, menyentuh tentang tindakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertanding di Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum ini, beliau yakin penduduk di pulau peranginan itu bijak membezakan antara kaca dan permata.

Beliau berkata agenda pembangunan terus giat dilaksanakan oleh kerajaan BN di bawah pimpinan Najib dan Anggota Parlimennya, Datuk Nawawi Ahmad.

“Kita (BN) berfikiran terbuka dan berlapang dada menerima sesiapa sahaja yang ingin bertanding, tetapi saya yakin penduduk di Langkawi tahu tentang usaha serta pembaharuan yang telah dilakukan kerajaan di situ seperti di Pulau Tuba dan beberapa jeti pelancongan yang kini bertambah baik.


“Di bawah pimpinan perdana menteri ia akan diteruskan… tapi kalau memilih yang lain, saya khuatir Langkawi tak dapat dibangunkan. Saya yakin penduduk Langkawi tahu mana pilihan terbaik,” katanya.

Ahmad Zahid dalam ucapannya turut menasihati pengundi supaya tidak mudah terpengaruh dengan “kelawar politik yang datang pada musim buah sahaja”.

“Cukuplah… jangan terpengaruh dengan pihak yang merasakan diri mereka adalah kelawar-kelawar politik yang datang pada musim buah sahaja. Wakil rakyat kita (BN), sama ada di Parlimen atau DUN berkhidmat tanpa musim. Inilah pegangan kita dalam memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan penduduk di Parlimen Bera untuk terus memberi sokongan kepada Ismail Sabri dan dua wakil rakyat BN di dua DUN iaitu Guai menerusi Datuk Seri Norol Azali Sulaiman dan Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman dan merampas kembali DUN Triang daripada DAP.

Ahmad Zahid juga memberi aku janji untuk memenuhi permintaan penduduk Triang yang mahukan supaya balai polis di situ diwujudkan semula, jika BN mendapat mandat daripada penduduk Triang pada PRU14. – BERNAMA

Kategori