Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Jadikan 2 Kampung...

MIRI - Kerajaan Persekutuan akan memberikan sokongan penuh kepada pembangunan Nod Pertumbuhan Baram...

Ketua Pesuruhjaya SPRM Sahkan...

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan dia menerima saman yang difailkan oleh bekas...

Jangan Biar Stadium Nasional...

SINGAPURA - "Kita tidak boleh biarkan Stadium Nasional bertukar menjadi laman mereka," kata...

SKMM Ambil Tindakan Pihak...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap pihak...

Audio Tuduhan Berkaitan Rosmah Sah Palsu

MAKLUMAT berbentuk audio yang tersebar dalam media sosial mengenai perbelanjaan kerajaan melibatkan isteri Perdana Menteri. Datin Seri Rosmah Mansor adalah palsu dan berniat jahat.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan menjelaskan maklumat tersebut adalah palsu atau ‘fake news’ dan merupakan tuduhan tidak berasas serta berniat jahat untuk mengaitkan kementerian itu sebagai sumber rujukan.

“Kementerian Kewangan kesal dengan penyebaran maklumat yang tidak benar dan telah melaporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan liar mengenai penyebaran berita palsu dan fitnah berkenaan Rosmah.

Menerusi kenyataan daripada laman Facebook Pejabat Perdana Menteri, ia menyatakan dalam rakaman itu, seorang individu telah membuat tuduhan tidak berasas dan liar mengenai perbelanjaan kerajaan yang melibatkan Rosmah.


Individu itu mendakwa perbelanjaan amat tinggi telah dibuat oleh kerajaan bagi kek sambutan hari jadi isteri perdana menteri dan kos memasang dua kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Rosmah di Putrajaya.

Dakwaan itu menyebut sumber berita tersebut adalah daripada seorang rakannya yang bertugas di Kementerian Kewangan selain kononnya kutipan GST berjumlah RM70.1 juta sehari telah habis dicuri dan tidak dijumpai dalam Perbendaharaan Negara. – BERNAMA

Kategori