Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

PAU: Pendapat ‘Tiang Seri’...

KLUANG - Umno sedang mengumpul pandangan daripada akar umbi berhubung perkara berkaitan 'tiang...

“Tunjuk Bukti Kalau Betul...

HANYA disebabkan pendedahannya mengatakan tidak pernah melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, penyanyi Hafiz...

Pakatan Harapan Membuta Tuli...

KUALA LUMPUR - PAS menyifatkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebuah gabungan parti...

3,029 Kes Baru, Lima...

Sebanyak 3,029 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu...

Penyokong Kutuk Tindakan Leeds Pilih Lawat Myanmar

BARU-BARU ini, kelab terkenal England yang kini bermain di liga divisyen satu, EFL Championship mengumumkan akan bertandang ke Myanmar bagi jelajah akhir musim yang akan datang.

Bagaimanapun, tindakan kelab yang suatu masa dahulu menjadi pencabar kepada kelab-kelab besar Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk berkunjung ke negara kontroversi itu mendapat kecaman hebat penyokong mereka.

Netizen yang terdiri dari penyokong kelab berkenaan rata-rata mempersoalkan keputusan tersebut memandangkan imej buruk Myanmar dan kini dikenali kerana berjaya menjalankan pembersihan etnik Rohingya-Muslim.

Leeds United bercadang untuk menentang pasukan Liga Kebangsaan Myanmar (MNL) All Stars dan juga pasukan kebangsaan Myanmar dalam jelajah tersebut pada 9 dan 11 Mei depan.

Justeru penyokong Leeds dan juga sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Myanmar menyelar tindakan pihak pengurusan kelab tersebut yang dirasakan tidak sensitif dengan keadaaan semasa.

Mereka juga meminta kelab mengkaji semula keputusan untuk membawa seluruh pasukan ke negara itu yang kini sedang dibelenggu masalah keganasan tentera mereka ke atas etnik Rohingya.

Tidak kurang juga penyokong Leeds yang mengambil kesempatan mengutuk Myanmar sekeras-kerasnya dan berharap pasukan kesayangan mereka tidak menjejakkan kaki ke negara tersebut.

Menerusi laporan Al Jazeera, bulan lalu sahaja terdapat sebanyak 6,700 nyawa yang terbunuh dalam operasi pembersihan etnik yang dilakukan pasukan tentera negara itu.


Malah, lebih 700,000 etnik minoriti Rohingya Muslim telah meninggalkan negara tersebut sejak Ogos tahun lalu disebabkan operasi tentera di Rakhine, Myanmar.

Menurut Leeds, para pemain serta jurulatih pasukan akan mengadakan klinik bola sepak bersama kanak-kanak di Myanmar dan juga bakal melawat tempat-tempat menarik di sana.

Pengarah Leed United, Angus Kinnear menerusi kenyataan dari laman web kelab itu menyifatkan jelajah tersebut sebagai satu lawatan yang menarik dan teruja melihat pembangunan bola sepak Myanmar.

“Myanmar adalah negara yang sangat pesat membangun di Asia Tenggara dan sangat bersemangat tentang bola sepak. Mereka ada impian besar untuk peringkat akar umbi dan pembangunan bola sepak elit. Dan kami berbesar hati untuk menyokong mereka.

“Jelajah ini juga membolehkan kami bertemu dengan peminat baru kami dan berharap mereka akan menyokong kami dalam usaha kami mahu kembali semula ke EPL,” tulisnya dalam kenyataan itu.

Disebabkan kenyataan itu juga, segelintir penyokong Leeds mengecam Kinnear yang dikatakan tidak peka dengan isu semasa kerana mahu pergi melawat sebuah negara yang secara terang-terangan melakukan pembersihan etnik.

Dilaporkan lawatan Leeds ke negara itu ditaja beberapa buah bank hasil inisiatif Presiden Persekutuan Bolasepak Myanmar, Zaw Zaw yang sangat meminati bola sepak Inggeris, terutamanya EPL. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori