Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pelajar Didakwa Sebabkan Kematian...

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di...

Sebak, Budak Syria Menangis...

BARISAN penyanyi seperti Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Salleh, Mizz Nina dan Muadz...

Jemaah Haji Terkandas: Imbas...

SEPANG - ''Bila imbas pasport keluar di skrin muka orang lain," kata Sabariah...

Peningkatan Inflasi Masalah Paling...

SINGAPURA: Inflasi bakal menjadi masalah paling serius kepada dunia sekiranya pendekatan berkesan tidak...

Peringatan Semua Parti Politik Sepanjang PRU-14

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) termasuk bakal calon dan penyokong parti politik sentiasa menghormati dan mematuhi undang-undang.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, dalam keghairahan mereka berkempen, semua pihak perlu memastikan tidak melakukan sebarang tindakan yang melangkaui batas undang-undang.

“Khususnya peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], Akta Hasutan 1948 [Akta 15], Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301], Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336], Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Antiberita Tidak Benar 2018 [Akta 803] dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamed Apandi berkata, Jabatan Peguam Negara tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perbuatan yang melanggar mana-mana peruntukan undang-undang.

Jelas beliau, ia bertujuan demi memastikan PRU14 dapat dilaksanakan dalam keadaan aman dan tenteram. – Mynewshub.cc

Kategori