Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

“Peruntukan Dah Lama Lulus,...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus...

Bayi `Duyung’ Hanya Sempat...

SEORANG bayi di India yang dilahirkan dengan sindrom `ikan duyung’ hanya sempat melihat...

Cek, Nombor Akaun Yang...

KETUA Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, mendakwa gambar cek dan nombor akaun yang viral...

Tony Pua Gagal Ketepi...

PUTRAJAYA - Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee gagal dalam...

Perlindungan Takaful, Insurans Masih Rendah

BATU PAHAT – Tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingan mempunyai perlindungan takaful dan insurans masih rendah biarpun pelbagai program kesedaran dan pendidikan telah dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Bhd (Takaful Ikhlas), Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata hanya 15 peratus rakyat negara ini menyedari akan kepentingan perlindungan insurans.

“Apa yang menjadi isu adalah kepentingan, adakah perlindungan ini penting bagi mereka dan masyarakat sering memberikan alasan tidak mampu untuk membayar premium bulanan sedangkan kadar harga premium bagi perlindungan takaful berada pada tahap yang rendah.

“Masyarakat juga boleh lihat, malahan Bank Negara memperkenalkan skim insurans mampu milik iaitu Skim Perlindungan Tenang yang mampu beri perlindungan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelutong, di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Takaful Ikhlas akan terus mempergiat kempen kesedaran dan program pendidikan melalui pelbagai saluran dan platform.

Terdahulu, seramai 184 murid SK Jelutong menerima sumbangan beg sekolah, pakaian seragam, kasut, stokin dan alat tulis bernilai RM250 seorang.

Melalui program IKHLAS Untuk Komuniti itu, pelajar tahun satu hingga enam dan dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dipilih untuk menerima bantuan bersempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 yang diadakan di daerah Batu Pahat.


“Sumbangan Takaful Ikhlas ini adalah sebagai salah satu cara untuk kami menerapkan semangat saling tolong menolong selaras dengan sistem Takaful yang berteraskan konsep kerjasama dan tanggungjawab khusus kepada masyarakat.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga penerima dan murid-murid ini lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti persekolahan” katanya.

Takaful Ikhlas juga menyumbang 100 naskah buku bacaan dan rujukan kepada perpustakaan sekolah berkenaan untuk kegunaan murid-murid. – BERNAMA

Kategori