Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MyCARE Sasar RM350,000 Kutipan...

KUALA LUMPUR - Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan kutipan sebanyak RM350,000 untuk mengisi...

Video: Difitnah, Dibelasah &...

BANDUNG - Kejam lagi tidak berperikemanusiaan, demikian nasib malang seorang lelaki yang jadi...

Dana RM90 Juta: Pengerusi...

PENGERUSI Keretapi Tanah Melayu Bhd., Rameli Musa hari ini hadir ke Ibu Pejabat...

Disiasat Mengikut Akta Hasutan,...

Sebanyak hampir 100 laporan polis telah dibuat ke atas Profesor Undang-Undang dan Pakar...

Perogol Bersiri Potong Organ Seks Mangsa Dengan Pisau

SEORANG lelaki, yang ditangkap di Rusia beberapa hari lalu telah mengaku membunuh sekurang-kurangnya lapan wanita dengan menggunakan pisau dan pemutar skru sebelum memotong organ seks mangsa.

Alexey Falkin, yang digelar `Ural Ripper’ kerana melakukan jenayah itu di pergunungan Ural, juga didakwa melakukan serangan seks ke atas dua kanak-kanak perempuan.

Polis bimbang, lelaki yang berusia 34 tahun dan mempunyai dua anak itu, melakukan lebih banyak jenayah.

Pada hari dia melakukan pembunuhan terbaru itu, Falkin telah memburu mangsanya iaitu Irina Vakhrusheva, sepanjang hari.

Dia menyerang wanita itu ketika Irina berjalan kaki menuju ke pangsapuri kawannya di kawasan berkenaan.

Irina, 30, sempat menghubungi kawannya sambil menjerit meminta tolong. Ketika itu dia membawa wain untuk diberikan kepada kawannya dan botol wain itu digunakan untuk memukul kepala Falkin.

Namun ternyata Falkin lebih kuat daripadanya, dan dia telah menggunakan perenjat elektrik ke atas Irina.

Falkin merogolnya dan kemudian menikam Irina sebanyak 40 kali sebelum merobek organ seks Irina dengan tujuan memotong rahim wanita tersebut lalu dimasukkan ke dalam plastik.


Dia mengheret mayat mangsa lalu menyembunyikan mayat itu di celah timbunan barang dalam hutan. Perbuatannya itu bagaimanapun dirakamkan oleh CCTV. Dia menafikan membunuh wanita itu namun darah Irina dikesan dalam kereta Falkin.

“Ia merupakan keputusan spontan untuk menyerang wanita itu. Semua perkara berlaku secara spontan dalam hidup saya. Saya telah melakukan banyak jenayah dalam hidup,” kata Falkin kepada pasukan penyiasat.

Dia dilaporkan melakukan serangan pertama terhadap seorang wanita pada 2014 dan merogolnya dengan pemutar skru.

“Falkin kemudian melakukan pembunuhan kedua, setahun selepas itu. Mangsanya adalah wanita beruia 42 tahun,” kata polis.

Sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara seumur hidup. – MYNEWSHUB.CC

Kategori