Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Saudi Bakal Tambah Kuota...

RIYADH - Di sebalik tragedi kren tumbang di Masjidil Haram petang Jumaat minggu...

Tiada Kes Baharu H5N1...

KOTA BHARU - Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan...

Perbahasan RUU 355 Ditangguh,...

KUALA LUMPUR - PAS hairan mengapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Parti Pribumi...

Rampas Dadah, 7 Ditahan...

JOHOR BAHARU – Polis menahan lima pengunjung berserta seorang pengurus dan seorang penyelia...

Persatuan Nelayan Kesal DAP Perlekeh Projek ECRL

KUALA LUMPUR – Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) mempersoalkan motif sebenar DAP memburuk-burukkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baharu golongan nelayan dan petani.

Pengerusinya, Ahmad Rudin Hussain berkata, ECRL yang mahu dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) itu bakal mencetuskan perubahan kemudahan logistik yang ketara antara kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur negara.

“ECRL bukan hanya tertumpu untuk industri perikanan semata-mata malah ia merangkumi aspek komoditi pertanian yang lain.

“ECRL yang akan dibina akan menjadi nadi penghubung antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Oleh demikian, semua pihak perlu memberi sokongan terhadap projek ECRL,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Rudin memberi contoh pembinaan stesen ECRL di kompleks mendaratkan ikan terbesar di Tok Bali, Kelantan bakal menambah baik kemudahan logistik sedia ada di situ sekali gus merancakkan logistik produk perikanan Pantai Timur, Pantai Barat dan Kuala Lumpur.

Kata beliau, ECRL akan turut menampung keperluan industri perikananan negara kerana sebelum ini sebahagian ikan dibawa ke Thailand ekoran kos yang pengangkutan ke negara itu yang lebih murah dan cepat.


Tambah beliau, sumbangan ECRL bukan hanya tertumpu untuk industri perikanan, malah merangkumi aspek komoditi pertanian yang lain.

Beliau turut memberi peringatan kepada DAP bahawa pemikiran masyarakat nelayan sekarang lebih matang dan boleh memikirkan yang benar dan baik walaupun pelbagai keburukan dicanang oleh pembangkang di media sosial.

“Kerajaan telah sekian lama berusaha meningkatkan taraf hidup, kebajikan dan pendapatan nelayan dan petani dengan pelbagai kemudahan seperti Subsidi Minyak Diesel dan Petrol Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN), Insentif Hasil Tangkapan Ikan,Perumahan Nelayan, Skim Insurans Nelayan Berkelompok dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Kini bakal ada ECRL,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori