Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

RTM Susun Semula Operasi...

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menyusun semula operasi di Bahagian...

Penahanan Maria Chin Tiada...

SEPANG - Penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan...

Pelantikan Pengerusi PAC Yang...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yakin pelantikan pengerusi baharu...

Badan Bukan Islam Akan...

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya...

Persembahan Turun Dari ‘Langit’, Mas Rasa Dihargai

NAMA Mas Idayu semestinya tidak asing lagi dalam industri seni suara, lagi-lagi selepas video ‘ada nampak mummy happy?’ menjadi tular di dalam dan luar negara.

Ahad lalu, Mas Idayu telah menutup pentas Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) dengan persembahan memukaunya yang menampakkan dia bagaikan turun dari ‘langit’.

“Tak… Mummy tak minta pun turun dari atas. Semua itu adalah idea produser yang memberi kepercayaan kepada Mummy,” katanya dipetik daripada portal Sinar Harian.

Mas atau lebih mesta disapa sebagau Mummy turut telah ‘membocor rahsia’ tentang perasaannya ketika persiapan persembahan penutup itu.

Masakan tidak, di penghujung majlis, Mas Idayu telah turun dari satu ‘sangkar’ besar lalu penonton bagaikan dipukau dengan medley lagu hitsnya, iaitu Selangit, Robek Cintaku 100% dan Senggol-Senggolan Cubit Cubitan.

Menurut Mas lagi, segala perancangan merupakan idea daripada pihak AME2018 sendiri yang mahukan dirinya memberi kejutan saat-saat akhir majlis pada Ahad lalu.

“Mummy tanya betul ke nak Mummy buat persembahan penutup begitu? Jawapnya mereka mahu serta yakin. Mereka kata Mummy boleh buat jadi happening.

“Satu tanggungjawab yang berat dan Mummy terima. Terima kasih kerana terus mempercayai Mummy,” ujarnya lagi.

Jika orang lain yang berada di tempatnya, pasti mereka sudah merasai debaran atau gayat ketika di dalam ‘sangkar’ itu.


Tetapi bagi penyanyi yang sudah melibatkan diri dalam dunia seni sejak 30 tahun lalu, dia berasa sangat terharu atas kepercayaan yang telah diberikaan kepadanya.

“Mereka selubungkan Mummy supaya orang tak perasan ketika Mummy nak naik masa tu.

“Tak tahulah penonton di stadium perasan atau tak? Tapi tamat sahaja persembahan Mummy rasa lega.

“Mummy betul-betul tak sangka dan sangat terharu apabila peminat-peminat di Malaysia dan juga di Indonesia mengucapkan tahniah kepada Mummy kerana terhibur,” tambaahnyaa.

Rata-rata penonton di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil di ibu negara mahupun di rumah kelihatan terhibur dengan persembahan kejutannya itu.

Dalam masa yang sama, ramai penonton di stadium turut memberikan tepukan yang paling gemuruh kerana persembahan penutup itu merupakan satu pementasan yang luar biasa. –MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori