Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pertemuan KJ & FAM...

KUALA LUMPUR - Pertemuan antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Menteri Belia...

Nelayan Terjatuh Ke Dalam...

SHAH ALAM - Seorang nelayan yang hilang dipercayai terjatuh ke dalam laut selepas...

Jangan Benci Cintaku Disambung?

DALAM tempoh setahun, kira-kira lima buah drama rantaian tempatan pasti menarik perhatian penonton...

PAS Kesal PAN Politikkan...

KUALA LUMPUR - PAS menyelar Parti Amanah Negara (PAN) kerana memperlekehkan usaha parti...

Persiap Pelajar Hadapi Revolusi Perindustrian 4.0

KUCHING – Semua sekolah agama disaran menjalinkan kerjasama dengan pakar teknologi bagi melengkapkan pelajarnya dengan kemahiran dalam menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (4.0).

Anggota Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pelajar yang menguasai ilmu agama dan kemahiran teknologi serentak akan lebih berdaya saing dalam berdepan cabaran serta persaingan sengit pada masa akan datang.

“Dunia sekarang bercakap mengenai data raya, kecerdasan buatan dan realiti maya yang perlu kita kuasai kalau nak bersaing pada peringkat dunia. Saya melihat di samping menguasai ilmu agama, pada masa sama kita perlu kuasai ilmu dunia yang berkait dengan keperluan masa depan.

“Sekolah agama perlu melihat bagaimana untuk libatkan pakar-pakar bidang teknologi seterusnya berkongsi kemahiran dengan pelajar bagi menyediakan mereka untuk bersaing pada masa depan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berucap demikian ketika melancarkan Program Kelas Bimbingan SPM dan Falsafah Pendidikan Madrasah Islamiah di Al Madrasah Islamiah di sini hari ini.


Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata sebagai anggota parlimen kawasan tersebut beliau bersama ADUN lain sentiasa menyokong dan bersedia membantu sebarang usaha mengadakan program berkaitan menambah kemahiran pelajar terlibat dengan kemahiran teknologi. – BERNAMA

Kategori