Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Hanez Suraya Undang Kemarahan...

Hanez Suraya sekali lagi menjadi sasaran caci maki siber apabila pakaian dalam gambar...

Fama Tidak Terima Aduan...

SUNGAI PETANI - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) setakat ini tidak menerima sebarang...

Maafkan Mereka, Bukan Itu...

PADA waktu-waktu sekarang, jika pesanan makanan kita lambat sampai, jangan batalkan pesanan atau...

JKKK Terengganu Diarah Tubuh...

KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh Terengganu diarah...

Pertahan Kerusi Gombak, DUN Bukit Antarabangsa

KUALA SELANGOR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Pengumuman calon PKR Selangor dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Program Jelajah Harapan Selangor di Stadium Kuala Selangor, di sini malam ini.

Beliau berkata setakat ini PKR akan bertanding sembilan kerusi Parlimen dan 21 DUN di negeri itu.

Selain itu, bekas pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dicalonkan bagi kerusi Parlimen Petaling Jaya yang sebelum ini dikenali Petaling Jaya Selatan.

Kerusi Parlimen Selayang kekal ditandingi William Leong, R. Sivarasa (Parlimen Sungai Buloh), Wong Chen (Parlimen Subang), Zuraida Kamaruddin (Parlimen Ampang) manakala penyandang kerusi DUN Sentosa (sebelum ini Seri Andalas), Dr Xavier Jayakumar akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Langat.


Bagi kerusi DUN Selangor pula, hampir semua penyandang dikekalkan di kawasan masing-masing. – BERNAMA

Kategori