Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Amirudin Dijangka Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR: Hampir pasti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri...

Penyamun Lelaki Menyamun Dengan...

Segamat - “Kononnya dia berpakaian wanita kerana menghormati saya sebagai seorang warga emas,”...

Polis Akan Buru Individu...

KUALA LUMPUR - Polis akan memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap mereka yang...

Misteri Kenapa PAN Malu...

KUALA KANGSAR - Jarang benar ada organisasi siasah dalam dunia ini yang risau...

PFP Bakal Bertanding 13 Kerusi Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Penang Front Party (PFP) bakal bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi parlimen di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusi PFP Datuk Patrick Ooi berkata parti itu telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan wakil-wakil persatuan komuniti Cina di Pulau Pinang sebelum memutuskan untuk bertanding pada PRU14.

Beliau berkata wakil-wakil persatuan Cina yang berminat untuk bertanding juga boleh bertanding atas tiket PFP.

“Antara 12 kerusi DUN yang bakal ditandingi PFP ialah Datuk Keramat, Pulau Jerejak, Batu Uban dan beberapa kerusi DUN di tanah besar.

“Bagi kerusi Parlimen, kami akan berkerjasama dengan Parti Cinta Malaysia untuk bertanding di Batu Kawan atau Bagan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Ooi hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan 13 borang pencalonan bagi PRU14.


Beliau berkata calon-calon PFP telah mendapatkan saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan mereka yang akan bertanding di bawah lambang parti itu nanti bebas daripada sebarang unsur rasuah.

“Calon-calon kami akan dibarisi oleh anggota parti yang berbilang bangsa dengan purata umur di bawah 40 tahun termasuk dua calon wanita,” katanya.

Beliau berkata PFP dijangka mengumumkan barisan calonnya minggu hadapan sebelum melancarkan manifesto PRU14 parti itu.

Parti PFP ditubuhkan pada tahun 2014 bagi menentang DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan PRU14 merupakan penampilan sulung parti itu dalam pilihan raya umum. – BERNAMA

Kategori