Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tak Perlu Bawa Kad...

PENGGUNAAN kad Touch 'n Go kini sudah boleh dianggap sebagai satu keperluan dalam...

Lelaki Peram Telur Rebus...

London – Manusia bertelur. Jangan terkejut tetapi itu yang dialami seorang seorang lelaki...

Akademi Badminton Di Stadium...

KUALA LUMPUR - Kelewatan pembinaan Pusat Kecemerlangan Badminton Negara di Stadium Juara, Bukit...

Hairul Dengar Nasihat Ibu...

PELAKON Hairul Azreen sekarang mula mengurangkan aktiviti keluar serta berjumpa dengan Hanis Zalikha atas...

PH Hina Pencipta Logo DAP Baru Meninggal?

GEORGE TOWN – Tindakan biadab Pakatan Harapan (PH) mengumumkan penggunaan logo PKR sebagai lambang bersama blok itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) terus dibantah ahli DAP sendiri.

Terbaharu, Naib Pengerusi DAP Cawangan Pengkalan Kota di sini, Tan Eng Tut bertindak drastik meninggalkan parti pembangkang terkenal dengan rasis cauvinis itu dan menyertai Penang Front Party (PFP) lewat semalam.

Beliau malahan sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan kepimpinan tertinggi DAP serta tidak lagi yakini perjuangan parti berkenaan dalam usaha memperjuangkan hak rakyat Malaysia, khususnya kaum minoriti Cina.

Beliau yang sudah menjadi ahli DAP selama 40 tahun berkata, parti itu kini hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu, terutama selepas menjalin kerjasama politik dengan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Dulu Lim Kit Siang pernah mendedahkan skandal Bank Negara Malaysia dengan menuduh Mahathir sebagai dalang skandal itu, bahkan pernah gelar beliau sebagai punca kepada semua masalah yang berlaku di negara ini.

“Tetapi sekarang, Kit Siang ibarat sanggup ‘jilat kembali ludahnya’ dan hanya berdiam diri terhadap segala tuduhan jahat yang pernah dilemparkan terhadap Mahathir,” kata Eng Tut, 72, dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Eng Tut yang pernah menjadi calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubok pada PRU keenam berkata, beliau juga berasa amat pelik dengan keputusan parti itu dalam isu logo bersama.

Baca: LKS Marah DAP Terpaksa Berlogo PKR

Juga: Pengasas DAP Pun Bantah Tiada Logo DAP

DAP dikatakan tidak mahu menggunakan logo sendiri pada PRU ke-14 sekali gus ujarnya, mengecewakan ribuan ahli tegarnya yang bangga dengan lambang roket sejak parti itu diasaskan pada 1965 susulan pemisahan Singapura.

Tindakan itu dilihat luar biasa, selain tidak hormati pencipta logo berkenaan yang baru meninggal dunia pada 29 Mac lalu, Goh Hock Guan (gambar atas) dalam usia 83 tahun dan juga Setiausaha Agung pertama parti tersebut.


“Dulu DAP bermati-matian mahu pakai logo sendiri, tetapi sekarang mereka sudah hilang arah tuju dan sanggup mengenepikan perjuangan asal pula. Jika saya tidak keluar parti pada hari ini, saya berasa seperti tiada maruah.

“Saya perlu buat sesuatu demi negara,” kata Eng Tut yang sudah hantar surat keluar parti kepada Setiausaha DAP Pulau Pinang semalam. Mayat Hock Guan telah dibakar di krematorium Nilai, Negeri Sembilan pada 4 April lalu.

Mendiang yang berasal dari Kedah, amat disegani rakyat kerana berjaya memimpin DAP menang 13 kerusi Parlimen ketika PRU pada 1969, namun bertindak meninggalkan parti itu ekoran tragedi berdarah perkauman 13 Mei 1969.

Hock Guan yang juga arkitek perancang bandar terkenal di Malaysia, mencipta logo DAP dengan ada empat jalur di bawah roket itu melambangkan kaum di negara ini iaitu Melayu, Cina, India serta pribumi Sabah dan Sarawak.

Ironi, berita kematian mendiang tidak diulas DAP yang marah Hock Guan keluar parti tersebut menyertai seterunya, Gerakan pada 1974 kerana tertarik imej Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein. – Agensi/HAA

Kategori