Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PKR Sarawak Kecewa Azmin...

PETALING JAYA - PKR Sarawak hari ini melahirkan rasa kecewa susulan pembatalan Timbalan...

Sanggup Berhabis Demi Miliki...

KUALA LUMPUR - Hanya kerana minat, pengumpul tegar koleksi mainan lama, Muhamad Faiq...

Kerajaan P.Pinang Sedia Beri...

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

“Rotan Je Kalau Dia...

MELAKA - Seorang bapa telah melakukan perkara yang tepat dengan memberikan sebatang rotan...

PH N.Sembilan Bertanding 8 Parlimen, 36 DUN

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengumumkan akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Pengerusinya, Aminuddin Harun yang mengumumkan nama-nama calon itu berkata beliau akan mempertahankan kerusi DUN Sikamat.

Timbalan Pengerusi PH yang juga Pengerusi DAP negeri Anthony Loke Siew Fook pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban dan DUN Chennah.

Bagi PRU14, DAP bertanding dua Parlimen, 11 DUN, Amanah (dua Parlimen, tujuh DUN), PKR (dua Parlimen, 12 DUN) dan PPBM dua Parlimen, enam DUN.

“Senarai calon PPBM akan diumumkan esok oleh pucuk pimpinan PPBM negeri, kerana itu malam ini kita hanya umumkan nama calon dari DAP, PKR dan Amanah,” katanya dalam sidang media selepas pengumuman calon PH PRU14 di sini malam ini.— BERNAMA

Kategori