Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ujian Buktikan Bella 15...

KUALA LUMPUR : Ujian imbasan sinar X yang dilakukan dua tahun lalu terhadap...

Najib Cadang Wujudkan Program...

PASARAN saham Malaysia pada tahun ini pernah menjadi kedua paling corot dalam dunia...

“Kami Ingin Tahu Punca...

KLANG - Seorang anggota keluarga mangsa letupan bunga api di sini semasa sambutan...

Putus Cinta, Pelajar Maut...

DIPERCAYAI akibat putus cinta, seorang remaja 17 tahun nekad menamatkan riwayat hidupnya dengan terjun...

PH Selangor Muktamad Agihan Kerusi DUN

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) Selangor telah mencapai kata sepakat memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pakatan itu akan memberi fokus sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya selain memantapkan jentera PH di seluruh negeri itu.

“Selain itu, PH Selangor meletakkan calon-calon yang berwibawa, berintegriti dan komited untuk memberi khidmat serta menabur bakti kepada negeri dan rakyat,” katanya, yang juga Menteri Besar, dalam kenyataan di sini hari ini.

Perbincangan pengagihan kerusi DUN Selangor sebelum ini mencetuskan konflik antara kepimpinan PH negeri berikutan kegagalan empat parti dalam pakatan itu mencapai kata sepakat.

Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar, sebelum ini, dilaporkan berkata pengumuman calon pakatan itu bagi 56 kerusi DUN di Selangor akan dibuat pada 25 atau 26 April ini.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 28 April manakala hari mengundi pada 9 Mei. – BERNAMA

Kategori