Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih Banyak Kekosongan Akan...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan bercadang untuk menambah lebih banyak kekosongan jawatan bagi...

Selebriti Antara 20,000 Sertai...

NEW YORK CITY - Barisan pelakon terkenal bersama ribuan peserta berkumpul di sini...

Dong Zong Jangan Melampau!...

MARANG - PAS menyifatkan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)...

TMJ Sambut Ulang Tahun...

SELAMAT ulang tahun diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang baru...

PH Tidak Tolak Perubahan Calon – Muhyiddin

MUAR – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan berlaku rombakan atau perubahan kepada nama-nama calon Pakatan Harapan untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) menjelang hari penamaan calon Sabtu ini.

Presiden PPBM itu berkata perkara tersebut merupakan perkara biasa yang berlaku walaupun senarai calon telah hampir muktamad tetapi kadang-kadang akan berlaku sedikit “cubitan”.

“’Cubitan’ saat akhir itu normal atas sebab-sebab tertentu tetapi mereka yang hadir di sini boleh dikatakan sah akan menjadi calon,” katanya kepada pemberita selepas sesi mengenalkan calon-calon PH di Johor, di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi PH Johor itu berkata perubahan mungkin hanya berlaku kepada satu atau dua calon sahaja dan menambah pakatan itu masih mempunyai masa untuk membuat perubahan dalam masa dua hingga tiga hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sama ada ada kemungkinan PH akan membuat perubahan pada senarai calon yang bertanding pada saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon.


Terdahulu, beliau turut mengumumkan Zulkifli Tasrib untuk menggantikan tempat Najwa Halimah untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Benut.

Sebelum ini, PH mengumumkan nama Najwa sebagai calon DUN Benut pada 19 April , namum Najwa menarik diri bagi memberi laluan kepada Zulkifli yang merupakan calon anak tempatan. – BERNAMA

Kategori