Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bahan Api Di Bandar...

PENGGUNA jalan raya di kawasan bandar mungkin akan mendapat harga diskaun bagi bahan...

Siti Nurhaliza Enggan Ulas...

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai...

Jepun Wakil Asia Ke...

REKOD bersih Jepun berbanding Senegal membolehkan pasukan tunggal dari benua Asia itu melangkah...

Tuduhan Miliki Ratusan Juta...

SHAH ALAM – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan...

Pilih Pemimpin Mampu Bawa Suara Rakyat

JOHOR BAHRU – Rakyat khususnya di negeri ini dinasihatkan agar bijak memilih pemimpin yang mampu memberi penyelesaian terhadap masalah dan cabaran yang dihadapi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rakyat juga diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan dengan sekadar memilih Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi gagal membawa suara bagi memperjuangkan hasrat mereka.

“Kita tidak mahu pemimpin yang tidak berpijak di bumi yang nyata, bukan hanya (tahu) berjanji tetapi tidak ditunaikan atau tiada jalan penyelesaian.

“Kalau ada pun cadangan, ia tidak rasional. Malah banyak yang dicadangkan pun, di negeri (yang ditadbir) mereka tidak buat,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) bagi penempatan semula penduduk Taman Sinaran Kempas di Jalan Petaling, Larkin di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Kewangan Johor, Datuk A Rahim Nin; Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Abd Razak Mohd Yusof.

Tambah Mohamed Khaled, berbeza dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi Johor Bahru, calon kerusi Parlimen dan DUN merupakan calon yang benar-benar boleh memberikan penyelesaian.

Beliau turut menyifatkan Shahrir sebagai pejuang masyarakat dan berkeyakinan masyarakat di Parlimen berkenaan akan mempertahankan pemimpin senior itu.

“Banyak pandangan dan saranan yang beliau berikan kepada kerajaan negeri dan kita amat hargai malah gunakan sebagai asas untuk membuat dasar.


“Berbeza dengan Gelang Patah, lima tahun menjadi Ahli Parlimen, dalam perbahasan Dewan Rakyat sekali pun tidak pernah memberi cadangan untuk membantu masyarakat yang berdepan cabaran,” katanya.

Mengenai majlis pecah tanah itu, Mohamed Khaled berkata pembangunan RMMJ Perumahan Komuniti Johor (PKJ) A di Larkin itu memenuhi keperluan perumahan mengikut Dasar Perumahan Rakyat Johor.
Sebanyak 380 unit PKJA akan dibangunkan untuk penduduk yang menetap di Taman Sinaran Kempas.

“Kerajaan negeri mengeluarkan kos sebanyak RM6.9 juta bagi pengambilan tanah yang melibatkan pembangunan semula kawasan industri Larkin di mana lot-lot industri diambil alih malah tidak dilanjutkan pajakan,” kata beliau.

Harga bagi seunit rumah adalah RM180,000 tetapi kerajaan bantu dengan menurunkan harga kepada RM30,000 bagi mereka yang tidak mampu dan wujudkan skim sewa beli, kata beliau.

Projek yang dijangka bermula hujung tahun itu, akan dilaksanakan dalam dua fasa di mana 268 unit akan dibina pada fasa pertama manakala 112 unit dibina dalam fasa kedua. – BERNAMA

Kategori