Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem,...

Adlin Aman Ramlie Dibebaskan...

PELAKON, pengkritik dan pelawak Adlin Aman Ramlie yang ditahan pada Khamis berikutan disyaki terlibat...

“Saya Bukan Robot,” Bieber...

BINTANG pop, Justin Bieber secara tiba-tiba memutuskan untuk meninggalkan pentas di tengah-tengah konsertnya...

Melayu Terjerat Conteng Arang...

MELAKA – Umat Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri,...

PM Rasmi Majlis Pecah Tanah PR1MA @ Teluk Intan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan majlis pecah tanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) @ Teluk Intan membabitkan pembinaan 957 unit kediaman di Batu 4, Jalan Changkat Jong.

Projek bernilai keseluruhan RM232 juta itu dijangka memenuhi permintaan khusus bagi penduduk Teluk Intan di Perak yang berpendapatan sederhana atau M40.

Rumah yang dibina setingkat dan dua tingkat berharga antara RM185,000 dan RM250,000 itu dijadual siap menjelang 2020.

Buat permulaan, projek fasa pertama terdiri daripada 523 unit rumah satu tingkat dengan harga tidak lebih daripada RM200,000 seunit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias ketika berucap berkata projek itu dijalankan di lokasi yang strategik kerana terletak bersebelahan Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSI) dan disasarkan siap menjelang akhir tahun ini.

​​​​​​​“Menerusi pembinaan projek ini juga dapat membantu mengubah sosioekonomi penduduk tempatan untuk menjadi lebih maju,” katanya.


Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir serta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan.

Difahamkan kira-kira 6,000 permohonan diterima bagi rumah PR1MA Teluk Intan.

​​​​​​​Sejurus selepas majlis pelancaran itu, Najib ke Kuala Kangsar untuk menghadiri program bersama rakyat di Dewan Jubli Perak. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PR1MA

Kategori