Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kajian Klinikal Sinovac Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Malaysia terpilih bagi menjalankan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19...

Himpunan Gambar Tahun Baharu...

PERAYAAN Tahun Baharu merupakan satu sambutan yang disambut di seluruh dunia tidak kira...

Najib Tegaskan Hanya Peti...

TOKYO - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan gentar dengan...

Logo ‘Visit Malaysia 2020’...

NAMPAKNYA isu rekaan logo 'Visit Malaysia 2020' bukan sahaja menarik perhatian akhbar-akhbar tempatan,...

Polis Lumpuhkan Kongsi Gelap Geng ’08’, Geng ’18’

SHAH ALAM – Polis berjaya melumpuhkan kumpulan kongsi gelap geng ‘08’ dan geng ‘18’ dengan tertangkapnya 63 anggota kumpulan itu dalam operasi bersepadu di seluruh negara, sejak 29 Mac lepas sehingga hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata turut ditahan dalam operasi tersebut ialah dua ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’ serta seorang pegawai dan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dalam operasi itu kita berjaya menahan beberapa “key leaders” selain seorang pegawai polis berpangkat ASP dan dua lagi anggota, masing-masing berpangkat Sarjan Mejar dan Konstabel yang kita percaya menjadi anggota kumpulan jenayah terancang itu.

“Kesemua suspek lelaki yang ditahan terdiri daripada 36 anggota geng ‘08’ dan 27 anggota geng ‘18’, berusia 23 hingga 60 tahun,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata selain Selangor, anggota kumpulan itu turut diberkas di beberapa lokasi lain termasuk di Pahang, Perak, Kelantan dan Johor. – BERNAMA

Kategori