Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pegawai Kanan GLC Dibebaskan...

KOTA BHARU - Seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sini yang...

48 Maut, 67 Cedera...

KABUL - Serangan pengebom nekad di Kabul, hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang,...

Polis Tahan Tiga Suspek...

PORT DICKSON - Polis memberkas tiga suspek yang dipercayai aktif dalam kegiatan mencuri...

Rasuah: Bekas Sarjan Polis...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas polis berpangkat sarjan dihukum penjara sehari dan didenda...

Polis Pantau Individu Berpotensi Timbul Kekecohan

KUANTAN – Polis Pahang akan memantau individu yang dikenal pasti berpotensi melakukan strategi serangan mengejut saat-saat akhir (SLMA) bagi menimbulkan kekecohan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14)

Ketua polisny, Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu, jika keadaan memerlukan.

“Kita dah kenal pasti individu-individu ini, bagaimanapun kita tidak mahu mengeluarkan bilangan individu terlibat. Senarai nama ini hanya untuk pengetahuan dan tindakan kita,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Taman Angkat Polis Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Pahang di Dewan Serbaguna Taman Tas di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Rosli turut mengingatkan parti politik dan individu yang ingin mengadakan ceramah berkaitan politik agar mematuhi undang-undang termasuk mendapatkan permit terlebih dahulu.

Katanya mereka hanya perlu menghantar notis permohonan itu bagi mendapat kebenaran mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman dan Peraturan bawah Akta Pilihanraya, 10 hari sebelum ceramah diadakan.


“Permohonan itu membolehkan pihak polis melakukan kajian terhadap lokasi dan keselamatan yang bersesuaian sebelum kelulusan diberikan,” katanya. – BERNAMA

Kategori