Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Naked City’, Pusat Peranginan...

SEBUAH pantai di Perancis ‘mewajibkan’ pengunjungnya berbogel semasa berada di kawasan tersebut. Pusat...

Dua Gol Bale Bantu...

MADRID - Gareth Bale mengakhiri kemarau sembilan perlawanan tanpa sebarang gol apabila meledak...

Draf PSKL 2040 Perlu...

KUALA LUMPUR : Penambahbaikan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) perlu...

Kes Baharu Covid-19 Kembali...

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara merekodkan 21 kes, hari ini...

Polis Sabah Bersiap Sedia Menghadapi PRU-14

KOTA KINABALU – Polis Sabah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen.

Tanpa menyebut jumlah anggota bertugas, Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Ramli Din berkata semua pegawai dan anggotanya sudah bersiap sedia untuk dikerahkan.

“Di samping itu, kita juga melibatkan 600 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis pada PRU14 ini.

“Kita juga tidak (hantar anggota) menolong atau membantu di luar (negeri lain) dan di luar pun tidak membantu kita. Kita berdikari,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Hari Polis Ke-211 di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah Dr Tan Bee Hwai.

Ramli juga berkata pegawai dan anggota di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) mencukupi dan bersiap sedia serta akan memberi tumpuan kepada beberapa kawasan panas yang dikenal pasti di negeri ini.

Mengenai program itu, beliau berkata kira-kira 400 pegawai dan anggota polis turut menderma darah bagi mengisi tabung darah Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah di sini.


Beliau menjangka 400 hingga 600 pain darah dapat dikumpulkan menerusi program sehari itu untuk disumbangkan kepada hospital berkenaan.

“Setiap tahun, Polis Kontinjen Sabah mengadakan program ini sebagai tanda keprihatinan kita terhadap golongan yang memerlukan. Difahamkan Sabah mempunyai 1,500 pesakit talasemia dan 280 daripadanya sedang menerima rawatan di hospital itu serta memerlukan satu atau dua pain darah sebulan,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori