Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rusuhan Kuil: Dah Suruh...

EMPAT lelaki yang berkumpul di Jalan USJ 16, seberang jalan menghadap Kuil Maha...

Dua Lelaki Asing Menyamar...

SHAH ALAM - Dua lelaki asing yang sering menyamar sebagai anggota polis untuk...

Kanak-Kanak Maut, 6 Cedera...

TANGKAK - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut, manakala enam lagi cedera selepas...

Ahli Politik Hadapi Misi...

KUALA LUMPUR – Ahli politik menghadapi misi di “medan tempur” untuk meyakinkan anak-anak...

Polis Sahkan Penemuan Tulang Di Sungai Gadut

SEREMBAN — Polis hari ini mengesahkan penemuan tulang di dalam hutan di Batu 8, Jalan Sungai Gadut dekat sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin bagaimanapun enggan mengesahkan tulang yang dijumpai itu sama ada tulang manusia atau haiwan.

“Semua tulang-tulang itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Apabila analisis dibuat baru kami boleh tahu siapa pemilik tulang itu dan sekiranya tulang itu sah tulang manusia kami akan menyemak semula rekod orang hilang bagi mengesan waris keluarga,” katanya kepada media di sini.


Noor Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada penemuan tulang itu ada kaitan dengan ahli kongsi gelap yang ditahan baru-baru ini.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya. — BERNAMA

Kategori