Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

TMJ Ingatkan Pahang Pernah...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan...

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam...

Bangsal Buruk Berharga ƃā€šĆ‚Ā£1...

Ia hanya bangsal buruk yang hanya menunggu masa untuk rebah. Namun tahukah anda...

43 Ahli Parlimen BN...

KUALA LUMPUR - Seramai 43 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada...

Polis Sepanyol Berjaya Rampas 8 Tan Ganja

MADRID – Pihak berkuasa Sepanyol merampas lebih lapan tan ganja dalam dua operasi di wilayah Cadiz di selatan negara itu yang terkenal sebagai pusat pengedaran dadah, kata polis semalam.

Polis merampas 2.5 tan dadah daripada sebuah rumah di satu kawasan terpencil berhampiran pelabuhan Algeciras pada malam Rabu lalu selepas mengepung kediaman itu selama beberapa jam.

“Suspek yang bertahan di dalam rumah itu melepaskan enam tembakan dan hampir mengenai seorang anggota polis.

“Empat suspek yang berada di dalam rumah itu kemudian menyerah diri selepas berunding dengan polis selama dua jam,” kata polis dalam satu kenyataan.

Dalam satu serbuan pada awal pagi Rabu, polis merampas lebih enam tan ganja yang disembunyikan di bawah sebuah rumah di bandar La Linea de la Concepcion di sempadan Gibraltar.

Menurut polis, pintu untuk masuk ke bahagian bawah tanah itu disembunyikan di dalam bilik mandi.


Satu video yang disiarkan polis menunjukkan pintu itu dibuka secara sistem hidrolik dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Polis menahan seorang suspek dalam serbuan berkenaan dan beberapa lagi berjaya melarikan diri. – AFP/BH ONLINE

Kategori