Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Batal Lesen Rayani Air...

ALOR GAJAH - Lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara syarikat penerbangan Rayani...

Kerja Mitigasi Di Bukit...

GEORGETOWN - Kerja-kerja mitigasi di Bukit Relau, di sini yang mengalami hakisan tanah...

PRU15: UMNO Tenggara Tetap...

PETALING JAYA - UMNO Bahagian Tenggara hanya akan menghantar satu nama sahaja iaitu...

Tipu RM27.5 Juta: ‘Datuk...

KUALA LUMPUR - Seorang ‘Datuk Seri’ dan tiga 'Datuk' antara enam ditahan kerana...

Polis Tahan 2 Lelaki Thai, Rampas Pil Kuda RM16,000

TANAH MERAH, – Dua lelaki warga Thailand ditahan pada Sabtu lepas, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah ini sejak setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohammad berkata tangkapan itu dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di Kampung Batu Gajah di sini, pada 10 malam.

“Bertindak atas maklumat awam serta risikan, pihak kami melakukan serbuan dan menahan kedua-dua suspek ketika sedang menunggang sebuah motosikal dipercayai untuk melakukan urusan pengedaran dadah di kawasan terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Suzaimi berkata ketika serbuan itu berlaku pengelutan dan salah seorang suspek mencampakkan satu bungkusan mengandungi dadah jenis pil kuda (methamphetamine) ke tanah.

“Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan itu, pihak kami menemui lapan paket plastik berwarna biru berisi 1,600 biji pil kuda bernilai RM16,000,” katanya.

“Kedua-dua suspek berusia 23 dan 26 tahun itu positif dadah jenis pil kuda dan aktif melakukan aktiviti pengedaran dadah di daerah ini,” katanya.


Beliau berkata hasil siasatan, pihaknya mendapati bekalan dadah itu dibawa masuk dari negara jiran melalui pangkalan haram Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

“Pihak kami akan terus memantau pangkalan-pangkalan haram itu bagi membanteras aktiviti penyeludupan dadah ke negeri ini khususnya di Tanah Merah,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori