Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lebih Ramai Pelancong Antarabangsa...

TEMERLOH - Lebih ramai pelancong antarabangsa menjadikan inap desa sebagai destinasi percutian berdasarkan...

TPM Tekad Mahu Banteras...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan untuk membanteras gejala...

Tengkolok Diraja: ‘Dendam Tak...

KUALA LUMPUR - Seni lipatan atau solek Tengkolok Diraja - 'Dendam Tak Sudah'...

Najib Terharu Sambutan Luar...

KUALA NERUS - Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui majlis persidangan...

Poster Palsu: Ketua UMNO Permatang Pauh Lapor Polis

BUKIT MERTAJAM – Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said hari ini membuat laporan polis berhubung poster bantuan cermin mata pihaknya yang diubah suai menjadi bantuan pakaian dalam wanita.

Poster yang diubah suai menjadi program pemeriksaan dada secara percuma dan bentuk cermin mata diubah menjadi pakaian dalam wanita itu tular di media sosial sejak semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah itu, Mohd Zaidi berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu memalukan kaum wanita.

“Saya minta polis siasat perkara ini sehingga tertangkapnya dalang di sebalik pengubahsuaian poster itu,” katanya.


Menurutnya perkara itu juga menimbulkan kekeliruan banyak pihak dan meminta orang ramai tidak menyebarkan poster palsu itu kerana ia adalah berita tidak benar. – BERNAMA

Kategori