Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pemain Terbaik Siri Jelajah...

KUALA LUMPUR - Program Siri Penjelajahan Klinik Latihan AirAsia-Queens Park Rangers (QPR) beri...

Hudud: DAP Gagal Bawa...

GEORGE TOWN - Parti Gerakan Pulau Pinang menyifatkan DAP sebagai gagal membawa keyakinan...

Penerima E-mel PKPS Perlu...

KUALA LUMPUR - Individu yang menerima e-mel mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS)...

Polis Sabah Rampas 11.9kg...

KOTA KINABALU - Polis Sabah merampas kira-kira 11.9 kilogram dadah jenis methamphetamine atau...

PPBM Selangor Bertanding 3 Kerusi Parlimen, 9 DUN

SHAH ALAM – PPBM akan meletakkan calon di tiga kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari mengumumkan perkara itu di sini hari ini berkata tiga calon bagi kerusi Parlimen adalah Kalam Salan (Sabak Bernam); Mohd Ashyraf Basri (Sungai Besar) dan Kapten (B) Datuk Dr Zulkaferi Hanafi (Tanjong Karang).

Bagi DUN pula, calon bagi sembilan kerusi berkenaan ialah Mohd Hamizar Sulaiman (Sungai Air Tawar); Mohd Azmil Misman (Sungai Burong); Harumaini Omar (Batang Kali); Mohd Najib Itam Othman (Jeram); Mejar Datuk Abd Wahid Bidin (Kuang).

Selain itu, Abdul Rashid sendiri akan bertanding di DUN Selat Klang; Mohd Rais Zulkifli (DUN Semenyih); Roszani Roslan (DUN Sijangkang) dan Adhif Syan Abdullah (DUN Dengkil).

Pengumuman tersebut jelas menunjukkan Pakatan Harapan (PH) telah menolak hasrat PPBM sebelum ini yang mahu bertanding di 12 kerusi DUN sandangan Barisan Nasional (BN) pada PRU13. – BERNAMA

Kategori