Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Setahun Pemergian Adib, Keluarga...

ALOR SETAR - Keluarga Pegawai Bomba (PB) Muhammad Adib Mohd Kassim terus mengharapkan...

Kuarters Pekerja Binaan Hangus...

MIRI - Kuarters pekerja binaan yang menempatkan lebih 160 pekerja warganegara Indonesia dan...

Selepas Nombor 1 Dunia,...

KUALA LUMPUR - Selepas meraih kedudukan pemain nombor satu dunia, Ryu So Yeon...

Fahaman Sekular DAP Tak...

KUALA LUMPUR - Sekiranya pakatan pembangkang ditakdirkan memerintah negara, sudah pasti kerajaan akan...

PPBM Tarik Balik Saman Terhadap RoS

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menarik balik saman pemula difailkan terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bagi menuntut deklarasi berhubung status pendaftaran parti itu.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili PPBM memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, S. Nantha Balan membenarkan saman itu ditarik balik tanpa sebarang kos selepas pengurusan kes saman berkenaan di dalam kamarnya hari ini.

Peguam itu berkata PPBM menarik balik saman pemula itu berikutan parti berkenaan telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar tindakan Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim membubarkan sementara parti berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini, pada 5 April lepas. Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said esok.

Pada 22 Februari lepas, PPBM melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh selaku plaintif memfailkan saman pemula dengan menamakan RoS sebagai defendan.

Dalam saman pemula itu, PPBM yang ditubuhkan pada 8 September 2016, memohon deklarasi bagi menuntut RoS mematuhi segala prosedur dan tidak boleh membatalkan parti berkenaan mengikut peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966.


Plaintif juga memohon suatu deklarasi bahawa tindakan RoS yang tidak memberi maklum balas terhadap tiga surat yang dikemukakan terhadapnya adalah bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 selain menuntut supaya RoS menjalankan siasatan terhadap segala pertikaian berkaitan parti berkenaan. – BERNAMA

Kategori