Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Usul Mahathir Burukkan Perpecahan...

KUALA LUMPUR - Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul undi tidak percaya...

Pulau Pinang Negeri Pertama...

GEORGETOWN : Pulau Pinang menjadi negeri pertama sebagai rakan kongsi rasmi MATTA Online...

Ashton Kutcher Teruja Bakal...

PASANGAN pelakon sama cantik sama padan Mila Kunis dan Ashton Kutcher bakal menimang...

Tiada Halangan Pokemon Go...

PUTRAJAYA, - Malaysia tidak membantah atau menghalang kemasukan aplikasi permainan, Pokemon Go ke...

PPBM Umum Calon Parlimen Putrajaya, Titiwangsa

PUTRAJAYA — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini mengumumkan ahli akademik Datuk Dr Samsu Adabi Mamat sebagai calon bagi kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei depan.

Pengumuman dibuat oleh Ketua PPBM Wilayah Persekutuan, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya di pejabat PPBM bahagian Putrajaya di sini malam ini.

Pada sidang media yang sama juga Muhammad Suhaimi mengumumkan Ketua Srikandi PPBM, Rina Harun sebagai calon PPBM bagi kerusi Parlimen P119 Titiwangsa.

Pengumuman tersebut dijangka menyaksikan pertarungan tiga penjuru di kerusi Parlimen Putrajaya dan Titiwangsa memandangkan PAS sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di kedua-dua kerusi.

SPR menetapkan 9 Mei hari pengundian bagi PRU14; 5 Mei hari pengundian awal; dan 28 April hari penamaan calon.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi Parlimen P125 Putrajaya untuk Barisan Nasional (BN) buat kali ketiga berturut-turut apabila menewaskan calon PAS Datuk Husam Musa dengan majoriti 5,541 undi.

Sementara Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga dari BN menewaskan calon PAS, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi dengan majoriti 866 undi untuk memenangi kerusi parlimen Tititwangsa.

Di Parit Buntar, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen kawasan itu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Serong.


Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi berkata bekas Anggota Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa kekal bertanding bagi kerusi Parlimen itu dan Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim bertanding di DUN Titi Serong.

“Saya yakin dengan keupayaan kedua-dua calon tersebut untuk berhadapan dengan calon Barisan Nasional (BN) dan PAS pada PRU-14 nanti,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran jentera pilihan raya

Sementara itu Mujahid mencabar untuk berdebat dengan wakil calon PRU Parlimen yang akan ditandinginya itu dari PAS dan BN bagi membentangkan hala tuju manifesto parti masing-masing kepada rakyat.

Beliau berkata debat itu perlu bagi memupuk budaya berpolitik sihat di samping memastikan rakyat dapat menilai keupayaan semua calon dan membuat pilihan tepat tanpa dipengaruhi aspek lain seperti tawaran wang dan sebagainya.

Menurutnya surat jemputan debat akan diserahkan kepada kedua-dua calon PAS dan BN pada hari penamaan calon. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPBM

Kategori