Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JAIM Cadang Beri Notis...

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bercadang memberi notis kepada umat Islam di...

Zara Zya Enggan Ulas...

PETALING JAYA - Pelakon Zara Zya menganggap dakwaan kononnya hubungannya dengan aktor Fahrin...

Kerajaan Baharu Digesa Tarik...

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menarik balik...

Gabungan 25 NGO Bantah...

SHAH ALAM - Gabungan 25 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini memohon...

PPMB & YDSM Taja Pembedahan Katarak 19 Pesakit

BESUT – Seramai 19 pesakit daripada golongan kurang berkemampuan yang menghidapi masalah katarak terpilih menjalani pembedahan secara percuma hari ini di Hospital Besut atas inisiatif Pusat Pakar Mata Bangi (PPMB) dengan kerjasama Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM).

Pengurus Pusat Pakar Mata Bangi, Datuk Dr Mohd Johari Mohamad berkata pembedahan katarak secara percuma itu dilakukan oleh pakar mata dari PPMB dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu serta turut dibantu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan Klinik Katarak 1Malaysia (KK1M).

Katanya, kesemua pesakit mata yang menjalani pembedahan katarak itu merupakan pesakit yang dipilih daripada Program Kempen Kesedaran Mata yang diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut pada 30 dan 31 Mac lalu.

“Ini merupakan program khidmat masyarakat yang pertama kali diadakan di Besut membabitkan pesakit yang mempunyai masalah katarak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Menurutnya, kerjasama PPMB dan YDSM itu adalah bagi mengurangkan beban kos pembedahan yang perlu ditanggung pesakit iaitu kira-kira RM3,000 hingga RM6,000 seorang. – BERNAMA

Kategori