Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Operasi Memadam Api Di...

KUALA LUMPUR - Pasukan Bomba dan Penyelamat masih meneruskan usaha memadam kebakaran bukit...

Cabaran PAS Dapat Sokongan...

ALOR SETAR - PAS mengakui menghadapi cabaran dalam usaha mendapatkan sokongan bukan Islam...

MT Beri Sokongan Padu...

KUALA LUMPUR -- Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini melahirkan sokongan padu kepada kepimpinan...

Keluarga Besar Diberi Kelonggaran...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi kelonggaran kepada pasangan yang mempunyai anak ramai untuk...

Projek Jagung Bijirin Kg. Dadong Masih Berjalan

KEMAMAN – Projek tanaman jagung bijirin mempunyai jadual khas dan bukan terbengkalai seperti dakwaan pembangkang yang hanya bertujuan memburukkan usaha kerajaan dan cubaan untuk meraih undi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Dadong Wan Mamat Wan Ismail, 65, berkata tuduhan pembangkang kononnya projek tanaman jagung bijirin di kampung itu gagal dan peserta ditipu kerajaan adalah mengarut dan tidak berasas sama sekali.

Katanya wakil pembangkang telah ke kampung itu beberapa hari lepas dan membuat rakaman video secara langsung dengan mengatakan projek tanaman berkenaan gagal sehingga orang kampung terpaksa menanam padi semula.

“Sedangkan apa yang berlaku ialah kami mempunyai jadual khas secara bergilir untuk menanam padi dan jagung bijirin mengikut musim…sekarang ini memang kami tanam padi kerana jagung bijian hanya akan ditanam selepas raya nanti.

“Apa yang dikesalkan ialah perkara ini berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 dan kami percaya ia bertujuan mahu mengelirukan orang ramai kononnya projek ini gagal serta serangan politik terhadap Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,” katanya kepada Bernama hari ini.

Seorang lagi peserta, Razali Hamid, 61, berkata pada musim pertama 2016, beliau hanya memperoleh keuntungan daripada hasil sewa tanah kerana masih mempelajari selok-belok penanaman jagung bijirin itu.

“Bagaimanapun ketika musim kedua tanam jagung bijian pada 2017, pok dapat RM1,800 untuk satu musim. Alhamdulillah, syukur banyak pada Allah dan terima kasih kepada kerajaan terutama Jabatan Pertanian yang banyak membantu kami.

“Sekarang ni, pok tak sabar tunggu musim ketiga untuk menanam jagung bijian (selepas raya) kerana yakin hasilnya lebih lumayan berbanding terdahulu,” katanya yang turut memperoleh jualan kasar hasil padi sebanyak RM7,200 pada musim lalu.


Ketika ini, terdapat 25 peserta tanaman jagung bijian di kawasan seluas 38 hektar di Kampung Dadong yang memberi pendapatan purata antara RM1,200 hingga RM1,800 semusim.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Daerah Kemaman Nazirah Abdul Rahman berkata projek tanaman jagung bijian di Kampung Dadong itu dicetuskan oleh Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menguji kesesuaian tanaman tersebut di tanah sawah milik penduduk kampung pada 2016.

“Ini kerana tanaman padi hanya diusahakan setahun sekali dalam tempoh empat bulan dan selepas itu, tanah sawah dibiarkan kosong hinggalah padi ditanam pada musim seterusnya.

“Bagi memaksimakan penggunaan tanah dan menambah pendapatan petani, kerajaan melalui MoA (memorandum perjanjian) memperkenalkan tanaman jagung bijian ini sebagai tanaman selingan untuk tanaman padi bermula 2016,” katanya. – BERNAMA

Kategori