Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Raja Arab Saudi Dimakam...

RAJA Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz dimakamkan dalam sebuah kubur tidak bertanda selepas solat...

Rosyam Nafi Jadi Barua...

TAMPIL... Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau adalah pemilik bersama...

PRU14: Tun M Kena...

KUALA LUMPUR - Semua parti dalam gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan akan berkongsi...

Kelakar Alasan Jho Low...

LUCU... UMNO menyifatkan alasan Pakatan Harapan (PH) menjadikan Jho Low punca kegagalan tunai...

Projek Melahirkan Cendekiawan Islam TN50

PERMATA Insan merupakan sebuah program yang ditubuh khas bagi melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan Al-Quran dan Sunnah seawal usia 8 tahun.

Program yang dijalankan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu merupakan kesinambungan program Permata Negara yang dinaungi oleh Yang Amat Berbahagia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansur.

Pada 13 April 2018 yang lepas, telah berlangsungnya program bual bicara PERMATA Insan yang disiarkan secara langsung dari AlHijrah Big Studio (ABS), TV Islam Terbaik Asia, Cyberjaya.

Program yang berdurasi 1 jam, bertemakan Pemangkin Teknokrat Islam Agung itu telah menampilkan Rosmah sebagai panel di akhir rancangan.

Melalui sesi tembualnya, Penaung Permata Insan itu menekankan tentang hubungkait antara Al-Quran dengan kejadian yang berlaku di dunia di kalangan pelajar Permata Insan.


Sebelum itu, dua orang pelajar Permata Insan, Ahmad Faiz dan Nadia Fadhlina telah mempamerkan kebolehan mereka sebagai pengacara yang sangat berbakat.

Kepetahan dengan gaya bersahaja serta keyakinan yang ada pada diri mereka yang berusia 16 tahun itu, benar-benar membuktikan bahawa pelajar Permata Insan sememangnya serba boleh.

Program yang dihoskan oleh penyampai berita TV AlHijrah, Haji Ardi Herman dan pengacara Assalamualaikum, Farah Diana itu juga menampilkan demonstrasi robotik dan selawat taranum oleh para pelajar Permata Insan.

Sesungguhnya, Permata Insan yang dilancarkan pada 12 Mac 2010 oleh Wanita Pertama itu pastinya dapat membantu kanak-kanak pintar menentukan halatuju masa depan mereka dengan lebih jelas. – MYNEWSHUB.CC

Kategori