Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KADA Hasrat Kok Lanas...

KOTA BHARU - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan menjadikan kawasan Dewan Undangan...

Berita Palsu? Najib Soal...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan penasihat DAP,...

KWSP: Pemindahan Wang Untuk...

KUALA LUMPUR - Pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dikenakan Cukai...

SPRM Buru Individu Ke-2...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti individu kedua yang...

PRS Pastikan Tiada Anasir Khianat Dalam Parti

KUCHING – Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan memastikan tiada anasir khianat yang boleh memecah-belahkan partinya untuk terus melangkah ke hadapan.

Justeru, Presidennya Tan Sri James Masing menyifatkan tindakan beliau memecat timbalan serta naib presiden parti Ahad lepas adalah wajar.

“Mereka boleh lakukan apa sahaja yang dikehendaki tetapi saya tidak boleh menerima perpecahan dalam anggota majlis dan pengkhianat Barisan Nasional (BN) dalam parti saya,” katanya.

Beliau ditemui di perkarangan ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) selepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan nama calon-calon BN Sarawak untuk Pilihan Raya Umum ke-14.

Ahad lalu, beliau memecat Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Entulu Belaun dan Naib Presiden Datuk William Nyalau Badak serta tiga lagi anggota Majlis Tertinggi kerana dikatakan ‘mengganggu kesatuan parti’.


Entulu, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adalah penyandang kerusi Parlimen Selangau, manakala Nyalau merupakan penyandang kerusi Parlimen Lubok Antu. – BERNAMA

Kategori