Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu 1MDB: Rakyat Diminta...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta bertenang dan tidak membuat sebarang andaian awal...

Soal Kelulusan Operasi, Tanya...

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meminta persoalan...

Ini Antara Sebab Kenapa...

NAMPAK macam mudah je kan kerja sebagai seorang pelawak dan bintang komedi.Namun jangan...

PATI Cuba Samun Kedai...

TAWAU - Polis menahan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyamun...

PRU14: AirAsia Tawar Caj Tukar Tempahan Dikecuali

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd. menawarkan pengecualian caj penukaran penerbangan bagi tempahan yang tarikhnya jatuh pada hari mengundi (9 Mei, 2018) untuk memastikan pelan perjalanan rakyat Malaysia tidak terganggu.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata, sempena pilih raya umum kali ke-14 ini, tawaran itu hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja, dan mesti dibuat dalam masa sepuluh hari dari tarikh pengumuman mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (10 April, 2018).

Menurut kenyataan itu, tetamu boleh memilih tawaran pilihan berikut dengan mengisinya di dalam e-Borang yang boleh didapati di dalam support.airasia.com.

“Pilihan pertama: Tukar Penerbangan: Membuat satu penukaran tarikh untuk semua tempahan tanpa caj tambahan penukaran penerbangan untuk menangguhkan perjalanan sehingga tiga puluh hari dari tarikh perjalanan asal, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk dan perbezaan tambang atau cukai; atau,

“Pilihan dua: Akaun Kredit: Mengekalkan nilai tambang dalam akaun Ahli AirAsia BIG anda untuk perjalanan masa akan datang dengan AirAsia, dan ditebus dalam masa 90 hari kalendar bermula dari tarikh yang dikreditkan,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori