Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jangan Percaya Sindiket Tawar...

MARANG – Orang ramai diminta tidak mudah percaya dengan sindiket yang menawarkan perkhidmatan...

Pelaksanaan Dasar Perlu Untuk...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan dasar amat perlu bagi menggalakkan produktiviti pekerja seperti peningkatan peluang untuk latihan...

‘Beri Bukti, Saya Bolot...

Kuala Lumpur : Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

China: Negara Paling Pesat...

CHINA merupakan satu kuasa ekonomi yang digeruni. Jika dilihat pada trend ekonomi terkini,...

PRU-14: DUN Pahang Dibubarkan Hari Ini – MB

PEKAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 berkuat kuasa hari ini.

Pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Adnan berkata Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah memberi perkenan untuk membubarkan DUN Pahang.

“Saya telah menghadap Pemangku Raja Pahang pada pukul 12.30 tengahari tadi dan baginda telah berkenan untuk menurunkan tandatangan memperkenankan… barisan pentadbiran negeri menjunjung kasih kepada tuanku.

“Dokumen akan diserahkan kepada Yang Dipertua DUN Pahang (Datuk Seri Ishak Muhammad) yang akan menyerahkannya ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Adnan berkata turut menghadap Tengku Abdullah ialah Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan semua barisan Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Beliau juga memberitahu Barisan Nasional (BN) Pahang akan mengumumkan manifestonya pada Rabu depan di Kompleks Yayasan Pahang di Kuantan.

“Manifesto BN Pahang sudah dihantar ke Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Kita akan membuat pindaan kepada manifesto yang memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat mengikut kemampuan kerajaan negeri,” katanya.

Semalam Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan PRU-14 diadakan pada tarikh yang akan ditentukan SPR.


DUN Pahang akan terbubar secara automatik pada 8 April ini jika tidak dibubarkan lebih awal daripada tarikh berkenaan.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN. Pada pilihan raya umum 2013, BN memenangi 30 kerusi, DAP (tujuh) dan PAS (tiga), PKR (dua).

Bagaimanapun, PAS kehilangan satu kerusi apabila apabila wakil rakyat Kuala Semantan yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang mengumumkan keluar dari parti itu untuk menyertai Amanah pada 9 Sept 2015, membolehkan parti itu kini memegang satu kerusi DUN.

Bagi kerusi Parlimen pula, terdapat 14 kawasan Parlimen di Pahang di mana pada PRU-13, BN menguasai 10 kerusi, PKR (dua) selain DAP dan PAS masing-masing satu kawasan.

BN mengekalkan status quo komposisi kerusi Parlimen apabila Datuk Hasan Arifin berjaya menewaskan calon PAS Nazri Ahmad pada pilihan raya kecil Rompin pada 5 Mei 2015 dengan majoritI undi 8,895.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam kemalangan helikopter di Semenyih pada 4 April 2015. – BERNAMA

Kategori