Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rafidah Cuba Cetus Tsunami...

UNDI calon untuk pastikan kerajaan sedia ada ditukar. Itu inti ucapan bekas Menteri Perdagangan...

Ramai ‘Kawan Ali’ Tak...

Gara-gara ayat kurang ajar menghina sultan di Facebook, seorang pemuda ditahan polis 8...

Kemusnahan Di Aleppo Tindakan...

PUTRAJAYA - Masyarakat dunia perlu senada mengutuk kemusnahan di Aleppo, Syria yang disifatkan...

Tugas Getir Chong Wei...

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menghadapi tugas getir...

PRU14: Japen Terima 183 Permohonan Wartawan Asing

PEKAN – Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) telah menerima sebanyak 183 permohonan wartawan asing untuk mendapatkan kad media sementara bagi membuat liputan sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pengarahnya Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, ia tidak termasuk 38 permohonan kad media dan pas kekal daripada agensi berita luar yang mempunyai wakil di Malaysia.

“Japen telah mendapatkan kerjasama dengan pihak Wisma Putra bagi memantau permohonan dan kelulusan yang diberikan kepada setiap wartawan asing.

“Kita tiada masalah dengan permohonan yang dibuat selagi mereka tidak membawa sebarang agenda atau kepentingan tertentu tetapi jika mereka melanggar undang-undang negara ini, mereka akan dikenakan tindakan termasuk diusir dari negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program NBOS-CTU Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kembara Jalinan Kasih Daerah Pekan di Padang Awam Kampung Lamir di sini.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia Hashim Bedu dan Pengarah Penerangan Pahang Datuk Mohd Sabri Abdullah.

Sementara itu, untuk setiap media persendirian di dalam negara yang ingin membuat liputan, katanya mereka perlu mendapat pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk masuk ke kawasan berkaitan.


“Tetapi sebelum mereka mendapatkan pas SPR mereka perlu ada kad perakuan media daripada Japen yang dibezakan mengikut warna. Pada tahun ini kita (Japen) ada terima 1,100 permohonan untuk memperbaharui dan membuat kad perakuan baharu daripada media dalam negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim turut mengulas tentang kes penyamaran oleh pihak tertentu yang mengaku sebagai wakil media bagi memasuki kawasan yang dikhaskan kepada petugas media.

Katanya, ia termasuk media baharu seperti penulis-penulis blog persendirian yang mengaku diri mereka media tetapi sebenarnya tidak diperakui oleh pihak Japen.

“Saya berharap setiap wakil media memakai atau menggantung kad perakuan media dan SPR masing-masing di badan bagi memudahkan petugas daripada SPR serta pihak berkuasa mengenal pasti identiti.

“Ini memudahkan kerja semua pihak termasuk wakil media sendiri supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyamar,” katanya. – BERNAMA

Kategori