Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Program E-Tunai Rakyat Tak...

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan bukan tujuan kerajaan mewujudkan program...

AMK Akan Teruskan Usaha...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu membawa lebih ramai rakyat Malaysia...

Kebajikan Anak Arwah Adnan...

PORT DICKSON - Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga akan memastikan kebajikan dua anak...

Harga Unit PPR Dikaji...

KUALA LUMPUR - Harga kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dikaji semula, susulan...

PRU14: Pelanggan Insurans MSIG Dapat Bayaran Balik Batal Perjalanan

KUALA LUMPUR – MSIG Insurance (Malaysia) Bhd kini memberi kemudahan untuk pelanggan insurans perjalanannya mendapat bayaran balik premium insurans jika mereka membatalkan perjalanan berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan.

“Pelanggan yang memutuskan untuk membatalkan rancangan perjalanan kerana pertindihan tarikh pengundian 9 Mei dengan waktu perjalanan mereka adalah layak untuk mendapat bayaran balik penuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, MSIG turut memberi pilihan kepada pelanggan untuk meminda tarikh perjalanan mereka tanpa dikenakan sebarang premium tambahan jika ditunda ke tarikh baharu dalam tempoh 90 hari dari tarikh asal.

Bagaimanapun, premium tambahan akan dikenakan sekiranya pelanggan melanjutkan tempoh perjalanan atau mengubah destinasi asal mereka.


Pelanggan yang berhasrat membuat sebarang pindaan boleh menghubungi penasihat insurans mereka atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan MSIG di [email protected] sebelum 7 Mei, 2018. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori