Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Diego Costa Boleh Rehat,...

LONDON - Diego Costa terlepas aksi Chelsea menentang Tottenham Hotspur di Stamford Bridge,...

Suhaimi Hanya Terima Jadi...

BUKIT MERTAJAM - Suhaimi Sabudin, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil...

Pemilik Kedai Kopi Berdepan...

SEORANG pemilik sebuah kedai kopi berdepan dengan hukuman penjara selepas menggunakan model separuh...

Video: ‘Salam Jari Tengah’,...

AKSI seorang gadis yang 'naik hantu' gara-gara tempat parkir keretanya diambil pemandu lain...

PRU14: Pembangkang Cabaran BN Melaka

MELAKA – Fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) merupakan cabaran utama buat BN Melaka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Ketua Menteri itu berkata pihak pembangkang, terutamanya dalam era media digital kini, telah menyebarkan fakta yang tidak benar dan perbuatan itu dilakukan secara sengaja untuk menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Mereka (pembangkang) menipu fakta, berbohong dan sengaja memfitnah dengan tujuan mengelirukan rakyat yang akhirnya kekeliruan itu dijadikan sebagai krisis keyakinan kepada pemimpin dan kerajaan. Mereka harap akan diterjemahkan kepada undi tidak menyokong (BN) pada PRU nanti.

“Krisis keyakinan yang menyebabkan kita (sesetengah rakyat) tidak mengundi untuk kerajaan memerintah yang menjaga kita selama ini dengan baik,” katanya kepada Bernama di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata rakyat dimomokkan dengan ekonomi Melaka kian merudum, namun ini semua tidak benar apabila keluaran dalam negara kasar Melaka meningkat daripada RM27.6 bilion kepada RM33.2 bilion, malah pendapatan per kapita rakyat meningkat daripada RM35,699 kepada RM41,363.

(peningkatan itu dicapai sepanjang sepenggal pentadbiran kerajaan negeri dari 2013-2017)

“Pada suatu ketika kadar tukaran RM4.50 kepada satu dollar mereka (pembangkang) katakan kerajaan tidak pandai tadbir ekonomi, tidak pandai menjaga kewangan namun bila kini RM mengukuh kepada RM3.86 (berbanding satu dollar) mereka tidak kata pula kerajaan pandai tadbir ekonomi,” katanya.

Idris berkata rakyat harus bijak dalam menilai segala berita yang datang kepada mereka terutamanya daripada pembangkang supaya berita yang tidak benar tidak akan mendatangkan kesan buruk terhadap kehidupan mereka.


“Justeru pengundi perlu bertabayyun maknanya semak dan selidik dahulu (berita diperoleh) sebelum sebarkan… tindakan menyebar sesuatu berita tanpa menyemak atau menyelidik kesahihannya boleh menyebabkan kebinasaan terhadap masyarakat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai persediaan BN Melaka menghadapi PRU14, beliau berkata pihaknya kini sedang giat mempersiap jentera parti terutamanya di peringkat pusat daerah mengundi dan sedang menunggu pengumuman calon oleh kepimpinan tertinggi.

“Dalam konsep kepartian ini kita lihat daripada kehendak dan keperluan kepimpinan parti (dalam memilih calon), kepimpinan parti melihat daripada sudut (kepentingan) besar seluruh negara, jadi kita mesti menghormati keputusan kepimpinan untuk kebaikan anggota parti,” katanya.

Beliau berkata BN Melaka telah menyerahkan semua nama calon yang berpotensi kepada kepimpinan parti untuk dianalisis dan dibuat keputusan. – BERNAMA

Kategori