Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Yeoh Perlu Guna Kuasa...

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Menteri Belia...

Tahaluf Siyasi: Pas Takut...

MUKTAMAR Tahunan Pas ke-61 yang berakhir pada Sabtu bukan sekadar 'panas' dengan pemilihan...

Hayden Panettiere Dapatkan Rawatan...

PELAKON yang popular menerusi siri drama Heroes, Hayden Panettiere dilapor mendapatkan rawatan di...

Kontrak Pegawai Perubatan, Pergigian,...

KUALA LUMPUR - Kabinet bersetuju supaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi...

PRU14: Pembubaran DUN Johor Hari Ini – SUK Johor

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Yang Ke-13 dibubarkan hari ini, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani.

Dalam satu kenyataan, Azmi berkata pembubaran itu dimasyhurkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Azmi berkata satu pemakluman berhubung pembubaran DUN Johor telah diserahkan kepada Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Johor pada pagi ini oleh Speaker DUN Tan Sri Mohamad Aziz.

Semalam, Sultan Johor Sultan Ibrahim memperkenankan agar DUN Johor dibubarkan hari ini dan turut berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) kekal memerintah Johor apabila mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 38 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Walaupun mencapai kemenangan majoriti dua pertiga, buat pertama kali kubu kuat BN ini hilang 18 kerusi DUN berbanding enam pada pilihan raya umum 2008.

DAP menguasai 13 kerusi DUN, PAS (empat) manakala PKR (satu). Bagaimanapun, komposisi DUN bertukar dengan BN kehilangan satu kerusi iaitu DUN Jorak apabila penyandang kerusi itu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


Sementara itu, Aminolhuda Hassan daripada PAS yang memenangi kerusi DUN Parit Yaani beralih kepada Parti Amanah Negara akibat krisis dalaman PAS.

Komposisi DUN Johor kini menyaksikan BN memegang 37 kerusi, DAP (13), PAS (tiga) kerusi manakala PPBM, Amanah dan PKR masing-masing satu. – BERNAMA

Kategori