Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

SPR Keluar Peringatan Penamaan...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan bahawa pusat penamaan...

PPM Rampas Bubu Udang...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 10 bubu udang...

Bank Perlu Perjelas Moratorium...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) diharap dapat memberi penjelasan terperinci...

Hasil Ujian Klinikal Penawar...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis mengatakan keputusan awal ujian klinikal...

PRU14: Polis Panggil Calon, Wakil Agensi Beri Penerangan

PEKAN – Polis akan memanggil semua calon dan wakil agensi terlibat di daerah Pekan bagi memberi penerangan mengenai tindakan yang dibenarkan dan larangan yang perlu diberi perhatian semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU).

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata ini bagi mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

“Kita juga berharap penyokong parti akan bertindak matang dan tidak melakukan apa sahaja perbuatan yang boleh mencetuskan pergaduhan sepanjang tempoh pilihan raya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, hari ini.

Parlimen Pekan merupakan kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pada PRU14, dijangkakan akan berlaku persaingan tiga penjuru memandangkan PAS dan Pakatan Harapan masing-masing menyatakan kesediaan meletakkan calon di situ.

Amran berkata seramai 515 pegawai dan anggota polis di daerah ini bersiap sedia ditugaskan bagi mengawal keadaan sepanjang PRU14 dan memastikan jaminan keselamatan di 56 pusat mengundi dan 171 saluran mengundi di kawasan Parlimen ini.

Katanya, walaupun masih tiada ‘kawasan panas’ dikenal pasti di Pekan, namun pihaknya tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk tidak melakukan persiapan sebaik mungkin termasuk kemungkinan berlaku pergaduhan.


“Kawalan keselamatan turut dilakukan mengikut keperluan dan kekuatan yang ada untuk memastikan para pengundi di setiap kawasan keluar membuang undi dengan perasaan yang selamat dan tenteram.

“Kesiapsiagaan polis menghadapi PRU kini sudah 99.9 peratus hingga hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari sebenar serta selepas hari pengundian,” katanya.

Parlimen Pekan mempunyai 89,076 pemilih berdaftar setakat 31 Dis lepas meliputi 78,385 Melayu, 1,788 Cina, 737 India dan 8,166 lain-lain dengan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pulau Manis, Peramu Jaya, Bebar dan Chini. – BERNAMA

Kategori