Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Alif Aziz, Kilafairy Rakam...

FILEM terbaru dari dunia Bollywood, Dilwale adalah sebuah filem arahan Rohit Shetty yang baru sahaja ditayangkan...

Cinta Kepada Ilmu, Buku,...

PETALING JAYA - Memiliki ketinggian budi, berilmu pengetahuan dan sentiasa menunjukkan buah fikiran...

Kes Khairuddin, Matthias Kekal...

PUTRAJAYA - Bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu...

Caj Ekstra Tertinggi Malaysia...

GEORGE TOWN - Caj-caj tambahan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang dikenakan ke...

PRU14: Proses Penamaan Calon Bermula

KUALA LUMPUR – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon seluruh negara.

Ia membabitkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Bagi Sarawak, hanya pilihan raya peringkat parlimen sahaja diadakan memandangkan pilihan raya negeri telah berlangsung 2016.

Parlimen dibubarkan pada 7 April bagi memberi laluan kepada PRU14.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini hari penamaan calon, pengundian awal pada 5 Mei dan pengundian 9 Mei.

Mengikut daftar pemilih suku tahun keempat 2017 yang diwartakan pada 10 April, jumlah pengundi adalah 14,940, 624, dengan jumlah pengundi lelaki 7,383,437 (49.42 peratus) dan pengundi perempuan 7, 557, 187 (50.58 peratus).


Ramai calon sudah tiba di pusat-pusat penamaan calon sejak awal lagi diiringi oleh para penyokong masing-masing dan ada yang masih berarak dalam perjalanan ke pusat-pusat tersebut.

Perkarangan pusat-pusat penamaan calon diwarnai warna-warna parti seperti biru pekat, biru muda dan hijau. – BERNAMA

Kategori