Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan tiga anggota Parti Gerakan mencabar...

Ivanka Trump Dituduh Curi...

NEW YORK - Anak perempuan calon presiden Republikan, Donald Trump, berhadapan masalah besar...

Bincang Masalah Perumahan Rakyat...

PUTRAJAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan...

“Bukan Mukhriz Vs Najib”

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kaitan dengan...

PRU14: SPRM Wujud Bilik Gerakan Tangani Rasuah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan Bilik Gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa oleh calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata bilik gerakan yang beroperasi 24 jam itu diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk memastikan ketelusan dalam proses pilihan raya.

“Bilik Gerakan PRU terletak di Aras Tiga, Blok B, Ibu Pejabat SPRM. Maklumat dan aduan juga boleh disalurkan di pejabat SPRM negeri,” katanya pada sidang media sempena pelancaran bilik gerakan itu di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Dzulkifli berkata aduan juga boleh disalurkan melalui e-mel kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-88700675/ 03-88700668 atau faks kepada 03-88700956.

Beliau berkata SPRM mempunyai bidang kuasa memantau dan menyiasat kes-kes rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya mengikut Seksyen 7 hingga 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

“Antara kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah seksyen itu adalah melakukan penyamaran, penyogokan, penjamuan dan menggunakan pengaruh tidak wajar sepanjang tempoh PRU14,” katanya.


Jika ada maklumat yang tidak tertakluk di bawah bidang kuasa SPRM sepanjang PRU14, beliau berkata ia akan disalurkan kepada agensi berkaitan seperti SPR dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Mohd Hashim berkata sekiranya berlaku kegiatan dan salah laku rasuah, mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut Akta 5 yang memperuntuk hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.

“Malah, ia secara tidak langsung boleh mengakibatkan kekosongan kerusi seseorang calon dan pilihan raya kecil perlu diadakan,” katanya sambil memberitahu bahawa mereka yang terlibat juga akan dikeluarkan daripada senarai daftar pemilih selama lima tahun dari tempoh sabitan tersebut. – BERNAMA

Kategori