Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Malaysia Mahu Pengecualian Visa...

NEW YORK - Malaysia berhasrat menyertai program pengecualian visa Amerika Syarikat dalam tempoh...

Siang Polis, Malam Jadi...

ANGGOTA polis dipercayai ‘bapa ayam’ ditahan bersama enam yang lain di sebuah hotel...

Warga Emas Maut Kereta...

BALING - Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar...

Johan Risau Zizan Masih...

ARTIS berbakat besar Zizan Razak mengakui sahabatnya Johan Raja Lawak risau melihat dirinya...

PRU14 Tidak Beri Kesan Kepada Ekonomi Negara

KAMPAR – Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada 9 Mei depan, tidak akan memberi kesan kepada ekonomi malah dapat mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi negara ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata ini berikutan keyakinan pelbagai pihak termasuk pelabur asing bahawa kerajaan sedia ada akan terus mentadbir selepas PRU14, sekali gus membolehkan mereka meneruskan pelaburan di sini.

“Pelabur asing mempunyai keyakinan yang tinggi dengan prestasi bursa saham, ringgit Malaysia yang semakin mengukuh, harga minyak bertambah baik malah kerajaan juga dapat menambah wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekali ganda daripada RM400 kepada RM800.

“Ini membuktikan keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi PRU14 dan saya yakin pilihan raya umum itu tidak akan memberi kesan terhadap ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Bersama Rakyat di Arena Rakyat Tualang Sekah di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Mohd Irwan berkata petunjuk ekonomi negara pada suku pertama tahun ini juga menunjukkan kedudukan ekonomi Malaysia berada dalam prestasi baik untuk mencapai pertumbuhan antara 5.5 hingga 6.0 peratus tahun ini.

“Prestasi ekonomi negara bagi suku pertama tahun ini akan diumumkan sekitar Mei nanti.


“Namun jika dilihat perkembangannya setakat ini, ia amat membanggakan kerana eksport negara merekodkan pertumbuhan dua angka…jadi aliran masuk pelaburan sungguh baik,” katanya.

Sementara itu, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran MOF itu yang turut mendapat kerjasama Jabatan Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), bertujuan membantu meringankan beban rakyat.

Pada majlis itu, Mohd Irwan turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada tiga buah Maahad Tahfiz Al-Quran di sekitar Malim Nawar manakala 21 buah keluarga kurang berkemampuan turut menerima bantuan barangan keperluan asas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori