KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan jangan bermimpi dapat merampas kerusi Parlimen Sungei Siput daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).
PSM dalam satu kenyataan berkata, penyandang kerusi itu, Dr. Jeyakumar Devaraj akan tetap bersama PSM mempertahankan kerusi berkenaan.
“Berdasarkan berita, Jeyakumar dilaporkan akan berundur dari kerusi itu. Kami telah mengadakan perbincangan dan beliau akan kekal bertanding dibawah bendera PSM.
“Pakatan Harapan cuba menekan kami dengan melabelkan kami sebagai ‘spoilers’, tetapi ia adalah sebaliknya. Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merancang untuk pertandingan tiga penjuru,” kata kenyataan itu hari ini.
PSM berkata, PKR sangat ego dan bersungguh-sungguh mencalonkan wakilnya bertanding di Parlimen Sungei Siput selepas Jeyakumar menolak pelawaan mewakili PKR.
Justeru, kata kenyataan itu, PSM sangat yakin parti itu akan terus menjadi pilihan rakyat Sungei Siput kerana Jeyakumar berkhidmat dengan baik.
“PKR harus hormati suara pengundi Sungei Siput dan berundur,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC