Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Layak Terima Caruman Siling...

KUALA LUMPUR : Faedah caruman siling gaji baharu bawah pindaan Akta Keselamatan Sosial...

Video: Pemandu Teksi ‘Racer’...

GELAGAT seorang pemandu teksi yang mempamerkan aksi berbahaya di sebatang lebuh raya menjadi...

CIMB Group Puji Bajet...

KUALA LUMPUR - CIMB Group menyifatkan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri,...

2 Pengarah Syarikat Gagal...

SHAH ALAM - Dua pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Radhi Mat Din Calon PAS Di Parlimen Pokok Sena

ALOR SETAR – Legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din diumum sebagai calon muka baharu PAS bagi kerusi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan nama bekas pemain bola sepak kebangsaan berusia 53 tahun itu pada ceramah Gelombang Hijau PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus, di sini malam ini.

Radhi dijangka menentang Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Mahfuz Omar, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz, bekas Naib Presiden PAS, meninggalkan parti itu pada 31 Dis lepas setelah 34 tahun bersama PAS.

Abdul Hadi turut mengumumkan seorang lagi muka baharu, seorang ahli farmasi Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Kedah yang disandang Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail.


Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhrudin Sheikh Fakhrurrazi, 47, diumum sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundur yang disandang Datuk Phahrolrazi Zawawi dari Amanah. – BERNAMA

Kategori