Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAC Panggil MOF Khamis...

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Kementerian Kewangan (MOF) untuk...

Akibat Dendam, Nelayan Bunuh...

AKIBAT dendam lama kerana isterinya dirampas, seorang lelaki nekad membunuh suami bekas isterinya...

Amerika Dakwa IS Miliki...

WASHINGTON - Amerika Syarikat kini sedang memerhati dengan dekat kem latihan milik Kumpulan...

Iskandar Layak Ganti Chong...

KUALA LUMPUR - Legenda badminton negara, Rashid Sidek menyifatkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin calon...

Rahsia Liverpool Menang: Solat Sebelum Turun Padang

SUBHANALLAH… Mungkin kedengaran agak pelik namun benarlah janji Allah SWT untuk mereka yang sering jaga solat fardu, maka dirinya sentiasa akan dipelihara Ilahi daripada perkara buruk.

Ini terbukti apabila Pengurus Liverpool dalam wawancara stesen Britain Channel 4 mendedahkan bahawa beliau memberikan masa kepada pemain beragama Islam dalam pasukannya itu untuk bersolat sebelum mula perlawanan.

Menurut Jurgen Klopp, pasukan The Reds lazimnya akan tiba lebih awal di bilik persalinan pakaian untuk beliau menunggu penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Emre Can selesai menunaikan solat.

“Dia (Salah) seorang Muslim dan dia perlu melakukan apa kelaziman penganut Islam yang lain lakukan sebelum perlawanan. Jadi, kami semua datang seminit atau dua minit lebih awal ke bilik persalinan di stadium Anfield.

“Ia supaya dia sempat menyediakan diri untuk perlawanan. Sama juga seperti Sadio Mane, dan Emre Can, mereka semua melakukannya,” kata Klopp sambil menjelaskan pemain lain tidak merungut kerana menunggu solat selesai.

Baca: Pemain Muslim Warnai Liga Bola Sepak England

Bekas pemain Jerman itu malah menambah. “Tiada orang pun rungut bertanya, kenapa kami harus tiba lebih awal dan harus tunggu. Itu semua perkara biasa dalam satu pasukan, kita cuba saling memahami antara satu sama lain.”


Mengulas lanjut tentang prestasi hebat Salah di gelanggang, Klopp berkata bahawa beliau memang kagum dengan watak anak muda kelahiran Mesir berusia 25 tahun itu yang seakan-akan menjadi duta kepada bangsanya sendiri.

“Ia sesuatu yang menakjubkan. Inilah yang kita perlukan buat masa ini. Melihat seorang pemuda Islam yang penuh dengan keceriaan, penuh dengan kasih sayang, penuh dengan rasa persahabatan dan penuh dengan segalanya.

“Dalam dunia ini, kita agak bergelut untuk memahami semua perkara yang berlaku di sekeliling kita,” kata Kloop. Liverpool melakar sejarah mara ke saingan akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Roma 5-2 kelmarin.

Untuk rekod, kebanyakan stadium utama di England dan negara-negara Eropah memang memiliki kemudahan surau untuk penonton serta pemain beragama Islam dapat menunaikan solat fardu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori