Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Majikan Disaran Sedia Ruang...

KUALA LUMPUR - Majikan khususnya di sektor perkilangan dan perindustrian disaran mewujudkan lebih...

“Kadang-Kala Kami Mahu ‘Bunuh’...

BOS Manchester City mengakui kadang-kala timbul persasaan geram terhadap sikap Benjamin Mendy.Pemain pertahanan...

Van Persie Bergelut Cari...

LONDON - Louis van Gaal akur penyerang Manchester United, Robin van Persie kini...

Malaysia Kutuk Serangan Pengganas...

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di Ougadougou, Burkina...

Raja Bomoh Mahu Tanding Kerusi Bagan Datuk

IPOH – ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin mahu bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ibrahim, 68, mengumumkan hasratnya bertanding merebut kerusi itu, yang disandang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam sidang media di sini, hari ini.

Pengasas dan Presiden Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib Malaysia (PSSGGM) itu berkata beliau membuat keputusan memilih kerusi Parlimen berkenaan kerana mempunyai kenalan ramai di sana terutamanya anak-anak murid silatnya yang meminta beliau bertanding.

“Keputusan bertanding di kerusi ini juga dibuat setelah saya menerima banyak rungutan dari rakyat di sana mengenai kos sara hidup yang tinggi. Insya-Allah, jika diberi peluang saya boleh membantu mereka,” katanya.

Beliau turut berjanji menyerahkan kesemua gaji bulanannya sebagai Anggota Parlimen bagi membantu penduduk di Bagan Datuk sekiranya memenangi kerusi itu pada PRU14 nanti.

Pada PRU13, Ahmad Zahid menang kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 2,108 undi.

Sebelum ini, Ibrahim pernah beberapa kali mengejutkan orang ramai dengan ritual bersama-sama para pengikutnya seperti membawa buluh kecil sebagai teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh di beberapa lokasi bagi beberapa tujuan termasuk ‘melindungi’ Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.

Pada 25 April tahun lalu, Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.


Sementara itu, pada majlis yang sama, seorang lagi calon bebas, Leman Kanaullah, 55, yang merupakan Timbalan Presiden PSSGGM turut mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei, penamaan calon pada 28 April dan 5 Mei pengundian awal.

Pada PRU13, Barisan Nasional menang 31 daripada 59 kerusi DUN Perak, DAP 18 kerusi manakala PKR dan PAS masing-masing lima kerusi.

Setakat ini, PKR akan bertanding di lima kerusi Parlimen dan 14 DUN manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak bakal bertanding di empat kerusi Parlimen dan 12 DUN pada PRU14. – BERNAMA

Kategori